metabolic network | rangkaian metabolik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Set lengkap proses metabolik dan fizikal yang mencirikan sifat biokimia dan fisiologi sel. Rangkaian metabolik merangkumi tindak balas kimia metabolisme, tapak jalan metabolik serta interaksi pengawalaturan yang mengawal kesemua tindak balas. |
metabolic reaction | tindak balas metabolik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses organik yang berlaku dalam organisma, yang perlu untuk melengkapkan kitar hidup. Contohnya, tindak balas penghasilan sebatian glukosinolat dalam sistem pertahanan tumbuhan. |
fear response | tindak balas ketakutan | Perubatan | Psikiatri | Perubahan dalam fungsi metabolik dan organ, seterusnya perubahan tingkah laku disebabkan oleh bahaya atau ancaman. |
peptidyl transferase | peptidil transferase | Farmasi | Tiada | Enzim yang terdapat dalam lintasan metabolik glutation yang kumpulan glutamilnya dipindahkan daripada suatu baki asid amino kepada suatu peptida glutamil kepada mana-mana asid amino kecuali prolina untuk membentuk dipeptida glutamil yang baru. Enzim ini berguna dalam pengangkutan asid amino dan dalam diagnosis jaundis obstruktif. |
biosorption | bioerapan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses fisiko-kimia yang tidak melibatkan aktiviti metabolik. Bioerapan terjadi akibat pelbagai mekanisme termasuk penyerapan, penjerapan, pertukaran ion, kompleks permukaan dan pemendakan. Bioerapan sangat penting dalam proses olahan alam sekitar. |
congenital anomaly | anomali kongenital | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Keadaan ketidaksempurnaan kelahiran, iaitu kelainan struktur dan fungsi atau metabolik yang terjadi pada peringkat janin. Anomali kongenital dapat dikenal pasti semasa peringkat pranatal atau selepas kelahiran. |