Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.til] | ميتيل

Definisi : (métil) (Kim) sj radikal (-CH3) yg ter­dapat dlm banyak sebatian organik; ~ jingga sj sebatian pewarna yg digunakan sbg penunjuk asid-bes (berwarna merah dlm larutan berasid dan berwarna jingga dlm laru­tan beralkali); ~ merah sj sebatian pewarna yg digunakan sbg penunjuk asid-bes (berwarna merah dlm larutan berasid dan kuning dlm larutan beralkali). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
methyl violetmetil lembayung/metil unguKimiaTiadaTiada
methyl violetmetil lembayung/metil unguPerubatanTiadaTiada
methyl violetmetil lembayung/metil unguPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
universal indicatorpenunjuk semestaKimiaTiadaCampuran bahan pewarna penunjuk yang menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar. Penunjuk semesta lazimnya mengandungi metil jingga, metil merah, bromotimol biru dan fenolftalein yang masing-masing bertukar kepada warna jingga, kuning, hijau, biru dan ungu antara nilai pH 3 – 10. Penunjuk ini terdapat dalam bentuk cecair atau kertas uji.
labile methyl groupkumpulan metil labilKimiaBiokimiaKumpulan metil yang dapat dipindahkan dari satu sebatian ke satu sebatian lain melalui tindak balas pentransmetilan, seperti kumpulan metil yang terikat pada atom nitrogen atau atom sulfur dalam sebatian organik.
methyl salicylatemetil salisilatFarmasiTiadaMinyak meruap yang mengandungi ester yang terhasil daripada tindak balas asid salisilik dan metil alkohol. Bahan ini digunakan secara meluas dalam linimen. Minyak gandapura atau minyak wintergreen.
aldicarbaldikarbBiologiPatologiRamusan aktif insektisid yang juga banyak digunakan sebagai nematisid. Nama kimianya ialah 2-metil-2-(metiltio)propionaldehid-o-metil-karbamoiloksim.
metham ammoniummetam ammoniumBiologiPatologiNama am bahan pewasap yang mempunyai sifat kimia dan penggunaannya seperti metil bromida. Nama kimianya ialah ammonium n-metilditiokarbamat. Di dalam tanah, sebatian ini berubah menjadi metil isotiosianat yang sangat beracun. Nama am bahan ini kadang-kadang dikenali juga sebagai karbam.
methyl redmetil merahKimiaTiadaSebatian pewarna, formula C15H15N3O2, berbentuk serbuk merah tua atau hablur ungu, larut di dalam alkohol, eter dan asid asetik glasial. Sebatian ini digunakan sebagai penunjuk asid-bes, berwarna merah dalam larutan berasid dan kuning dalam larutan beralkali dan bertindak dalam julat pH 4.2 – 6.2. Metil merah jarang-jarang digunakan kerana sebatian ini tidak stabil.
methylmetilKimiaTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas