synecdoche | sinekdoki | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang menggunakan sebahagian objek untuk mewakili keseluruhannya. Contohnya, satu kepala mewakili seorang. Dalam fiksyen Dickens, beliau kerap menggunakan bahagian tubuh badan untuk mewakili watak. Contohnya, watak Mrs. Merdle dalam karyanya bertajuk Little Dorrit disebut The Bosom. Dalam pertuturan popular, Liverpool bermaksud pasukan bola sepak dari bandar tersebut. Sinekdoki juga terdapat dalam bahasa wartawan. Contohnya, Moscow bermaksud kerajaan Soviet. Sinekdoki dibina melalui beberapa cara, iaitu yang umum mewakili yang khas, seperti �law� untuk seseorang polis, dan yang khas mewakili yang umum seperti �strings� untuk �string instruments�. |
ion-electron method | kaedah elektron ion | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah yang digunakan bagi mengimbangkan persamaan redoks. Kaedah ini membahagi tindak balas redoks kepada dua persamaan separa iaitu yang mewakili pengoksidaan dan yang mewakili penurunan. Dalam larutan akueus, H+, OH-, H2O dan elektron ditambah. Tindak balas yang lengkap didapati dengan menggabungkan kedua-dua persamaan separa itu. |
avatar | avatar | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sejenis ikon yang mewakili seseorang secara dalam talian. Dalam konteks e-pembelajaran, avatar boleh mewakili seorang pengajar ataupun pelajar yang sedang mengikuti sesi pembelajaran. |
phylogenetic node | nod filogenetik | Bioinformatik | Tiada | Titik pencabangan yang mewakili hasil taabiran jujukan leluhur. Terdapat tiga jenis nod, iaitu nod dalaman, nod luaran dan nod punca. Nod dalaman ialah titik pencabangan untuk dua atau lebih cabang yang mewakili hasil taabiran jujukan leluhur. Nod ini juga merujuk kepada leluhur sama paling terkini (MRCA). Manakala nod luaran ialah titik terminal tunggal yang dikenali juga sebagai dedaun pepohon filogenetik. Nod punca pula ialah nod permulaan pada pepohon yang juga mewakili leluhur sama untuk nod dalaman. Lihat juga leluhur sama paling terkini (MRCA). |
microarray analysis | analisis mikrotatasusunan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mengenal pasti tahap pengekspresan gen dengan melihat status gen tersebut, sama ada terekspresi atau pun tidak. Pengekspresan gen adalah melalui pengekspresan mRNA yang dibezakan melalui perwakilan pewarna hijau dan merah. Kebiasaannya pewarna hijau mewakili sel sihat, sementara pewarna merah mewakili sel berpenyakit atau sel kanser. Pengimbas mikrotatasusunan digunakan untuk melihat corak pengekspresan gen tersebut. Corak tompok hijau mewakili pengekspresan gen sihat, tompok merah mewakili pengekspresan gen kanser dan tompok kuning mewakili kedua-dua hijau dan merah, iaitu berlakunya aktiviti penghibridan. Kawasan hitam pula merujuk kepada gen yang tidak terekspres. Lihat juga bioinformatik mikrotatasusunan. |
gene network | rangkaian gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Interaksi sesama gen dalam satu sel. Rangkaian gen diwakili sebagai gambar rajah yang terdiri daripada nod yang mewakili gen atau hasilan gen dan sisi yang mewakili hubungan berpasangan di antara gen-gen. |
public adjuster | ajuster awam | insurans | Tiada | Penyelaras yang mewakili insured dengan mengenakan bayaran perkhidmatan dalam penyelesaian tuntutan. |
local agent | ejen tempatan | insurans | Tiada | Ejen yang mewakili syarikat insurans untuk menjual perkhidmatan sebagai kontraktor bebas, berdasarkan komisen. Biasanya ejen seperti ini menjalankan perniagaannya di sesuatu kawasan yang ditetapkan dan khususnya adalah seperti yang ditetapkan di bawah kontrak. |
visa agency | agensi visa | Pelancongan | Tiada | Organisasi yang mewakili individu atau kumpulan untuk mendapatkan kebenaran memasuki sesebuah negara. |
canon | kanon | Kesusasteraan | Tiada | Koleksi karya unggul yang mewakili sesuatu zaman atau genre. |