hypertext transfer protocol (HTTP) | protokol perpindahan hiperteks (HTTP) | Teknologi Maklumat | Perisian | Protokol komunikasi yang digunakan untuk mencapai dokumen hiperteks dalam persekitaran web. Pembangunan HTTP telah diselaraskan oleh Konsortium WWW dan pasukan bertugas Kejuruteraan Internet (IETF), yang menghasilkan RFC2616 bagi mentakrifkan protokol versi pertama, iaitu HTTP/1.1 pada tahun 1999. Protokol ini merupakan piawai minta/tindak balas antara pelayan dengan pelanggan. Pelanggan merupakan pengguna akhir, manakala pelayan ialah tapak web. Oleh itu, pelanggan akan membuat permintaan HTTP menggunakan pelayar web atau alat yang berkaitan, manakala pelayan akan menyimpan sumber seperti fail HTML dan imej. Apabila pelanggan HTTP memulakan permintaan, kebiasaannya protokol ini akan mewujudkan hubungan protokol kawal perpindahan (TCP) kepada port tertentu pada hos untuk meneruskan proses permintaan pelanggan. |
incubator | inkubator | Perubatan | Tiada | 1. Kebuk bersuhu malar yang digunakan untuk mewujudkan suhu persekitaran yang terkawal bagi pertumbuhan sel atau organisma. 2. Kebuk lut sinar untuk menyimpan bayi pramatang dalam keadaan terkawal dan terlindung daripada penyakit. |
incubator | inkubator; alat pengeram | Perubatan | Tiada | 1. Alat pengeram: Kebuk bersuhu malar yang digunakan untuk mewujudkan suhu persekitaran yang terkawal bagi pertumbuhan sel atau organisma.,2. Inkubator: Kebuk lut sinar untuk menyimpan bayi-bayi pramatang dalam keadaan terkawal dan terlindung daripada penyakit. |
ripple | riak | Komunikasi | Tiada | 1. Kesan visual yang terhasil pada skrin yang diperoleh secara elektronik. Teknik ini digunakan untuk mewujudkan kesan imbas kembali terutamanya dalam rancangan drama. 2. Kesan perubahan yang dilakukan kepada senarai suntingan yang telah disusun lebih awal. Sekiranya sesebuah rancangan perlu disunting semula, nombor kod masa yang baru iaitu yang merujuk kepada perubahan yang dibuat itu perlu dimasukkan ke dalam sistem. |
crowbar | tuil | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bar keluli bulat atau heksagon, dengan satu hujungnya tirus dan yang satu lagi biasanya berbentuk pahat atau kuku, dan panjangnya di antara 1 m dengan 2 m, digunakan sebagai tuil untuk menggerakkan objek-objek yang berat.,2. Tindakan yang mewujudkan lampau beban tinggi pada anggota penggerak bagi peranti pelindung.,3. Litar yang memintasi pangkalan keluaran bagi bekalan kuasa jika keluaran bekalan kuasa itu naik melebihi had yang telah ditentukan.,4. Menempatkan pintas rintangan rendah pada masukan ke litar.,5. Litar pelindung pada litar pengagihan kuasa yang memintas keluaran bekalan kuasa ke bumi apabila berlaku keadaan lampau voltan . |
theatre | teater | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Tempat persembahan lakonan. 2. Perlakuan kisah atau lakonan dalam ruang lakon yang mewujudkan hubungan aksi dan reaksi antara para pelakon dengan khalayak. |
fog | kabus | Komunikasi | Tiada | 1. Kesan kerosakan pada gambar yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesilapan semasa proses mencuci filem. 2. Teknik untuk mewujudkan kesan visual seperti kabus, asap atau unsur yang misteri dalam siaran televisyen dan filem. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan kesan ini ialah dengan menggunakan ais kering atau menyapukan sejenis losen pada kanta kamera. |
field | kawasan; padang; medan; luar; bidang; lapangan | Kejuruteraan | Tiada | 1.Kawasan atau tempat melakukan aktiviti.,2. Bahan pada motor elektrik atau jana kuasa elektrik yang mewujudkan fluks magnet yang bertindak balas dengan angker untuk menghasilkan gerakan pada mesin. |
key hole | lubang kunci | Kejuruteraan | Tiada | 1. Lubang atau lubang alur untuk menempatkan kunci.,2. Sesuatu kaedah pengimpalan, dengan punca haba menyebabkan terbentuknya lubang melalui permukaan betul-betul di hadapan logam kimpalan lebur. Lubang itu disumbat semasa pengimpalan untuk mewujudkan penusukan sambungan yang sempurna. |
functional conflict | konflik fungsian | Pengurusan | Perancangan | 1.����� Percanggahan yang timbul antara fungsi atau jabatan yang berbeza dalam organisasi, yang didorong oleh perbezaan matlamat masing-masing. Konflik ini boleh berlaku disebabkan oleh sumber yang terhad dan jangkaan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan persaingan antara fungsi dan jabatan. Contohnya, jabatan kewangan yang berfungsi mengawal belanjawan dan kos operasi sesebuah perniagaan mungkin menghadapi konflik dengan jabatan pengeluaran apabila jabatan pengeluaran menuntut tambahan peruntukan untuk membeli mesin baharu bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran perniagaan tersebut. Lihat juga pengurusan konflik. 2. Percanggahan membina yang timbul dalam kalangan ahli dalam satu kumpulan kerja, yang membawa kepada penghasilan yang lebih baik dari segi kualiti keputusan kerana cetusan kreativiti dan inovasi yang berlaku dalam kumpulan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, ahli kumpulan digalakkan memberikan pendapat dan membahaskan pandangan sesama mereka sehingga tercapai suat |