data migration | migrasi data | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses memindahkan data antara pelbagai storan, format atau sistem komputer. Migrasi data biasanya dilaksanakan menggunakan atur cara untuk mencapai migrasi secara automatik tanpa melibatkan penggunaan tenaga manusia. Proses migrasi diperlukan apabila pengguna menukar sistem komputer atau menambah baik kepada sistem baharu, atau apabila sistem digabungkan. Untuk mencapai prosedur migrasi data yang berkesan, data yang terdapat pada sistem lama perlu dipetakan kepada sistem baharu dengan menyediakan reka bentuk bagi pengekstrakan data dan pemuatan data. |
diurnal migration | migrasi diurnal | Biologi | Ekologi | Migrasi organisma plankton ke permukaan air pada waktu malam dan ke dasar pada waktu siang. Migrasi ini merupakan satu fenomenon yang kompleks yang dipengaruhi oleh, suhu, cahaya, graviti, makanan, dan irama fisiologi |
thermal migration | migrasi terma | Biologi | Ekologi | Migrasi haiwan untuk melarikan diri daripada suhu yang melampau. Pergerakan ini boleh berlaku dalam jarak yang sangat dekat hingga beberapa ratus kilometer. Migrasi terma termasuklah pergerakan dari tempat yang terdedah ke tempat teduh di padang-padang pasir, atau dari tempat teduh ke tempat terdedah, seperti di kawasan-kawasan yang sejuk. Misalnya, pada musim sejuk burung-burung dari utara bergerak ke selatan untuk mengelakkan cuaca sejuk. |
migration route | laluan migrasi | Perikanan | Tiada | Laluan ikan dari satu kawasan ke kawasan yang lain, sama ada untuk membiak atau mencari makanan. Ciri laluan migrasi ialah laluan dari kawasan air panas ke air sejuk, berlawanan arus dan melibatkan jarak beribu-ribu kilometer. Migrasi lazimnya berlaku dari air laut ke air tawar. Contohnya, ikan salmon bermigrasi dari air laut ke air tawar untuk membiak. |
metamorphic migration | migrasi metamorfosis | Biologi | Ekologi | Migrasi organisma ke habitat lain ketika dewasa. Misalnya, cengkerik yang nimfanya tinggal 17 tahun di dalam tanah akan keluar ke atas tanah apabila dewasa, ketika sekitaran sesuai, lalu mengawan, bertelur di atas ranting, dan akhirnya mati dalam masa beberapa minggu sahaja; telur cengkerik akan menetas dalam masa enam minggu, dan nimfa jatuh ke atas tanah lalu menanamkan diri selama 17 tahun. |
orogranulocytic migration rate | kadar migrasi orogranulosit | Perubatan | Tiada | Kadar migrasi leukosit polimorfonukleus yang terdapat pada lapisan mukus tisu mulut, yang dijadikan ukuran untuk ujian keimunan berantarakan sel. |
migration | migrasi/perhijrahan | Geografi | Tiada | Tiada |
migration | migrasi/perhijrahan | Kependudukan | Tiada | Tiada |
migration | migrasi/perhijrahan | Kimia | Tiada | Tiada |
migration | migrasi/perhijrahan | Veterinar | Tiada | Tiada |