leucocyte | leukosit | Fizik | Nanoteknologi | Sel darah tanpa pigmen yang mempunyai satu nukleus dan sitoplasma berbentuk sfera dengan diameter 8 mikrometer - 15 mikrometer. Sel ini merupakan sistem ketahanan tubuh daripada serangan penyakit. Darah normal mengandungi 5000 - 10000 leukosit per mm3. Sinonim sel darah putih. |
nanorobotics | nanorobotik | Fizik | Nanoteknologi | Ilmu teknologi untuk membina mesin atau robot berskala menghampiri skala nanometer biasanya antara 0.1 mikrometer - 10 mikrometer. Robot ini digunakan untuk berinteraksi dengan tepat kepada objek berskala nano atau berupaya bekerja pada resolusi skala nano. Contohnya, nanorobot digunakan untuk mengenal pasti dan membunuh sel kanser. |
microelectromechanical systems (MEMS) | sistem mikroelektromekanik (MEMS) | Fizik | Nanoteknologi | Sistem peranti mekanik yang difabrikasikan ke atas cip semikonduktor berdimensi 10 mikrometer - 100 mikrometer. Sistem ini digunakan sebagai sensor untuk tekanan, suhu, pembantu cahaya, akselerometer, dan perentak jantung. |
microbentos | mikrobentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik yang bersaiz mikro atau sangat kecil, iaitu kurang daripada 10 mikrometer (0.1 mikrometer). Contohnya, bakteria, diatom, siliata dan flagelata. Banding makrobentos, meiobentos. |
meiofauna | meiofauna | Sains Marin | Tiada | Haiwan kecil yang mempunyai saiz lebih besar daripada mikrofauna, tetapi lebih kecil daripada makrofauna. Secara praktik, meiofauna dikategorikan sebagai organisma yang terperangkap di atas penapis bermata 30-45 mikrometer (63 mikrometer, bergantung pada definisi penyelidik). |
ultraplankton | ultraplankton | Sains Marin | Tiada | Organisma plankton dengan saiz kurang daripada 2 mikrometer. Berdasarkan definisi tersebut, ultraplankton terdiri daripada pikoplankton (0.2-2 mikrometer) dan femtoplankton (<0.2 mikrometer). Lihat juga pikoplankton. |
macrobenthos | makrobentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik (bentos) yang bersaiz besar dan dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam pengkelasan organisma bentik, terdapat makrobentos yang mempunyai saiz badan melebihi 500 mikrometer (kadangkala skala 1000 mikrometer digunakan). Banding meiobentos, mikrobentos. |
meiobentos | meiobentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik (bentos) yang mempunyai saiz badan lebih besar daripada mikrobentos, tetapi lebih kecil daripada makrobentos. Dalam pengkelasan organisma bentik, meiobentos mempunyai julat saiz di antara 63-500 mikrometer (kadangkala skala 10-1000 mikrometer digunakan). Banding makrobentos, mikrobentos. |
nanoplankton | nanoplankton | Sains Marin | Tiada | Plankton bersaiz nano dalam julat ukuran 2-20 mikrometer. Contohnya, kumpulan Protista eukariot yang bersaiz kecil, diatom kecil, flagelata kecil, krisofita, firofita, klorofita dan xantofita. |
photolithography | fotolitografi | Fizik | Nanoteknologi | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang bersaiz mikrometer dengan cara menyinarkan cahaya ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Suatu siri rawatan kimia akan mengukir corak yang terdedah pada bahan di bawah fotorintang. Dalam pembinaan litar bersepadu kompleks seperti CMOS, suatu wafer akan menjalani kitaran fotolitografi sehingga 50 kali. |