Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kron] | ميکرون

Definisi : ukuran panjang yg bersamaan dgn 0.000001 meter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kron] | ميکرون

Definisi : ukuran panjang yg sama dgn 0.001 milimeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bacteriabakteriaFizikNanoteknologiKumpulan organisma mikroskopik yang terdiri daripada sejumlah bilangan bakterium. Organisma yang menyebabkan penyakit ialah bakteria dan teramat kecil bersaiz antara 0.5 mikron - 5.0 mikron. Contohnya, patogen. Lihat juga bakterium.
Daphnia magnaDaphnia magnaPerikananAkuakulturSejenis zooplankton yang sangat halus dan dijadikan sebagai makanan untuk benih ikan pada peringkat asuhan juvenil. Saiz Daphnia magna lebih besar daripada moina, iaitu sekitar 800 – 5100 mikron. Daphnia magna kurang sesuai diberikan kepada rega atau benih ikan yang mempunyai saiz bukaan mulut kurang daripada 1000 mikron dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi terutamanya protein, iaitu sekitar 60% (berat kering). Apabila persekitaran tidak sesuai, Daphnia magna berupaya untuk membiak dengan sendiri dan menghasilkan telur sehingga 300 biji.
protozoaprotozoaPerikananAkuakulturOrganisma satu sel yang paling ringkas dalam alam haiwan. Protozoa mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan, iaitu boleh melakukan fotosintesis. Kebanyakan protozoa bersaiz 10 – 52 mikron. Protozoa mendiami pelbagai tahap tropik dan boleh digunakan sebagai makanan hidup peringkat awal rega ikan hiasan. Contoh protozoa ialah Amoeba dan Paramesium.
plankton netjaring planktonPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk memungut plankton. Penggunaan jaring plankton dapat membantu menapis sampel plankton yang sedikit di dalam isi padu air yang banyak. Jaring plankton mempunyai saiz tertentu seperti 100, 150 dan 200 mikron bergantung pada jenis plankton yang hendak diambil. Jaring ini kebiasaannya direka bentuk seperti kon dengan panjang antara 50 – 60 cm, berdiameter 30 – 50 cm dan diikat pada tali sepanjang 2 m. Saiz jaring plankton dan saiz mata pukat boleh berbeza bergantung kepada keperluannya. Semakin besar luas permukaan jaring, semakin efektif jaring tersebut menapis plankton. Saiz mata skrin yang terlalu halus akan menyebabkan jaring mudah tersumbat dan mengurangkan keberkesanannya untuk memerangkap plankton. Penggunaan jaring plankton dengan saiz yang berbeza adalah lebih berkesan dalam pengasingan saiz plankton untuk kegunaan pusat penetasan.

Kembali ke atas