land ownership registration | daftar hak milik tanah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem pendaftaran hak milik tanah di bawah Kanun Tanah Negara sebagai bukti kepunyaan dengan merekodkan butiran hak milik, termasuk lokasi dan sekatan-sekatan ke atasnya untuk memudahkan urusan tentangnya seperti pindah milik dan pecah sempadan. |
amalgamation of land | penyatuan tanah/ percantuman tanah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Dua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang di bawah hak milik berasingan dicantumkan menjadi satu dan dipegang olehnya di bawah satu hak milik. |
cluster subdivision | pecah milik berkelompok | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Suatu sistem pecah milik tanah secara berkelompok. |
leasehold ownership | hak milik pajakan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penyewa harta tanah yang diberi hak milik eksklusif harta tanah itu oleh tuan punya untuk suatu tempoh yang kurang daripada yang dipegang oleh tuan punya harta tanah itu. |
joint tenancy | sewaan bersama | insurans | Tiada | Hak milik harta dikongsi sama rata oleh dua pihak atau lebih dengan pemandiri mendapat seluruh hak milik. |
residual power | kuasa baki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang menjadi milik kerajaan pusat setelah pihak lain tidak menuntutnya. Fenomena ini banyak terjadi dalam negara persekutuan yang membahagikan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kuasa kerajaan negeri menjadi milik autonomi negeri dan tidak boleh diganggu oleh kerajaan pusat. Sekiranya terdapat bidang kuasa yang tidak tersenarai dalam senarai negeri atau pusat maka ia dikatakan sebagai kuasa baki dan lazimnya menjadi milik kerajaan pusat. Sinonim kuasa residual. |
subdivision of land | pecah sempadan tanah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tanah hak milik tetap yang dipecah sempadan kepada dua bahagian atau lebih, tiap-tiap satunya untuk dipegang oleh tuan punya yang sama di bawah hak milik berasingan. |
partition of land | pecah bahagi tanah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tanah hak milik tetap kepunyaan dua orang atau lebih sebagai tuan punya bersama dipecah bahagian supaya meletak hak pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu di bawah satu hak milik berasingan. |
robin hood syndrome | sindrom robin hood | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa aktiviti serangan dan pencerobohan pada komputer milik pengguna individu adalah salah. Sebaliknya, aktiviti serangan dan pencerobohan pada komputer milik organisasi besar adalah dibenarkan. |
absolute ownership | milik mutlak | insurans | Tiada | Pemilikan ini wujud apabila kepentingan atau hak pemilikan nyata insured bebas daripada segala batasan, sekatan dan syarat-syarat sehinggakan ianya tidak boleh diambil daripada insured tersebut tanpa persetujuannya. |