liquor liability insurance | insurans liabiliti likuor | insurans | Tiada | Kontrak insurans yang memberi perlindungan kepada tuan punya perniagaan yang menjual minuman keras. Perlindungan ini ialah untuk liabiliti berpunca daripada kemalangan disebabkan oleh pelanggan yang mabuk setelah meminum minuman keras yang dihidangkan atau yang dijual oleh tuan punya kedai tersebut. |
illicit alcohol | minuman keras terlarang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan minuman memabukkan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, samsu haram. |
excise duty | duti eksais | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap pembelian sejenis atau sekumpulan barangan tertentu rokok, tembakau, atau minuman keras. Duti eksais berbeza daripada cukai jualan kerana cukai jualan dikenakan terhadap pembelian semua barang kecuali beberapa jenis yang dikecualikan. Sinonim cukai eksais. |
hangover | pengar | Psikologi | Tiada | Keadaan fizikal yang tidak menyenangkan seperti pening kepala, gangguan pada perut, muntah dan sebagainya kesan daripada pengambilan alkohol secara berlebihan seperti minuman keras. |
alcoholic beverages | minuman berakohol | Sains Kesihatan | Tiada | Minuman yang mengandungi alkohol seperti wain atau minuman keras yang lain. |
cellar | bilik bawah tanah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang yang terletak di aras bawah tanah sesebuah rumah atau bangunan. Ruang ini dikelilingi oleh dinding asas, sesuai dijadikan sebagai stor barang dan tempat penyimpanan minuman keras kerana mempunyai suhu yang sekata sepanjang tahun. Di negara Barat, bilik ini digunakan sebagai tempat perlindungan semasa Perang Dunia Kedua dan ketika terjadinya taufan besar. Bilik bawah tanah lebih popular pada rumah lama berbanding dengan rumah masa kini. |
deviant place theory | teori tempat lencong | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori pemangsaan jenayah yang menjelaskan bahawa seseorang yang terdedah kepada keadaan tempat yang mempunyai risiko jenayah boleh meningkatkan kemungkinan menjadi mangsa jenayah. Contohnya, pusat hiburan yang menyediakan minuman keras. |