palm oil refinery | kilang penapis minyak sawit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
palm oil mill effluent | efluen kilang minyak sawit | Veterinar | Tiada | Tiada |
POME | POME | Pertanian | Agroteknologi | Singkatan bagi palm oil mill effluent. Lihat efluen kilang minyak sawit. |
refining | penapisan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Proses menjadikan sesuatu bahan bebas daripada benda asing. Contohnya penapisan minyak sawit untuk menyingkir bahan-bahan seperti resin, asid lemak, pigmen, logam surih dan lain-lain. |
industrial crops | tanaman industri | Pertanian | Agroteknologi | Tanaman yang ditanam untuk menghasilkan produk yang akan digunakan dalam sektor industri dan tidak digunakan untuk bekalan makanan. Contoh hasil tanaman industri ialah getah, minyak sawit, gentian, kapas dan pewarna. Biasanya, hasil ini perlu melalui pemprosesan sebelum ia dipasarkan. Hasil produk daripada getah misalnya boleh ditambah nilai untuk menghasilkan produk-produk lain seperti tayar, sarung tangan dan bahan-bahan industri yang lain. Minyak sawit pula diproses untuk menghasilkan minyak makan, marjerin, sabun dan kosmetik. Tanaman industri memainkan peranan penting dalam ekonomi sesebuah negara. |
palm oil mill effluent | efluen kilang minyak sawit | Pertanian | Agroteknologi | Bahan sisa yang terhasil setelah buah kelapa sawit dikeluarkan minyaknya dan hampasnya diasingkan. Jika dilupuskan di dalam kolam, bahan ini boleh menyebabkan pencemaran kerana mempunyai BOD yang tinggi. Walau bagaimanapun, bahan sisa ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Bahan cecairnya mengandungi banyak bahan organik, termasuk pelbagai jenis gula seperti arabinosa, xilosa, glukosa, galaktosa dan manosa. Bahan pepejalnya pula terdiri daripada selulosa yang mengandungi sedikit minyak. Oleh kerana kandungan nutriennya adalah tinggi, ia digunakan sebagai sumber makanan untuk mikroorganisma. Ia juga digunakan untuk menghasilkan biogas melalui proses pencernaan anaerobik. Singkatan POME. |
biodiesel feedstock | stok suapan biodiesel | Pertanian | Agroteknologi | Bahan mentah yang diproses untuk menjadi biodiesel, contohnya minyak sawit. Stok suapan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bahan yang boleh dimakan dan bahan yang tidak boleh dimakan. Contoh bahan yang boleh dimakan ialah minyak kelapa sawit, minyak kacang soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari. Contoh bahan yang tidak boleh dimakan pula ialah minyak jarak, minyak jojoba dan minyak alga. Terdapat kontroversi etika mengenai penggunaan bahan makanan seperti jagung dan kacang soya sebagai stok suapan biodisel dalam keadaan penduduk dunia yang lebih memerlukan makanan berbanding dengan penggunaannya sebagai bahan bakar. |
oil extraction rate | kadar pengekstrakan minyak | Pertanian | Agroteknologi | Kadar berat minyak yang dapat diekstrak daripada tandan buah segar kelapa sawit. Biasanya, kadar ini ialah 20%, iaitu daripada 100 kg buah segar, 20 kg minyak sawit akan dapat dihasilkan. Singkatan OER. |
expeller-pressed cake | kek perah asak | Veterinar | Tiada | Hampas yang terhasil apabila sesuatu bijian berminyak atau isirung kelapa diperah asak bagi menghasilkan minyak. Contohnya, kek kopra, kek isirung sawit, kek kacang soya yang masing-masingnya terhasil selepas minyak kelapa, minyak sawit dan minyak soya diekstrakkan melalui proses perah asak. |
vegetable oil | minyak sayuran | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Lemak daripada tumbuhan yang berbentuk cecair pada suhu bilik. Minyak sayuran diekstrak daripada biji-bijian, buah-buahan atau kekacang. Minyak ini digunakan secara meluas sebagai minyak masak seperti minyak kelapa sawit, minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak bijan. |