Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enfleurageenfleurajHerbaTiadaKaedah mengeluarkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan lemak. Enfleuraj dilakukan secara sejuk atau menggunakan lemak yang dipanaskan. Contohnya, pengekstrakan minyak wangi kenanga daripada kelopak bunga kenanga.
baccaratbakaratKesenianHiasan DalamanBarangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai.
allergenalergenFizikNanoteknologiBahan yang apabila dimakan, diminum atau dihidu mudah dikesan oleh sistem imun dan menimbulkan kesan alergi. Alergen digunakan dalam bidang nanoteknologi dengan meluas dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan. Namun demikian, bahan aktif tertentu yang diadun dalam nanozarah seperti polikaprolakton dapat mendatangkan alergi kepada manusia dan haiwan. Contohnya, habuk, debu bunga atau bulu haiwan, klorin dan minyak wangi.
volatile oilminyak meruapHerbaPemiawaianMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis).
herbal distillationpenyulingan herbaHerbaTiadaProses penyejatan dan kondensasi semula yang digunakan untuk mengasingkan atau menulenkan cecair seperti minyak pati. Contohnya, minyak serai wangi yang diperoleh secara penyulingan stim.
relaxantrelaksanHerbaPemiawaianAgen yang dapat mengurangkan tekanan atau kesakitan, khususnya pada otot atau anggota badan. Minyak pati merupakan salah satu contoh agen relaksan yang dapat melegakan, menghasilkan rasa dingin dan segar. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus) dan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra).
fungicidefungisidHerbaPemiawaianAgen yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat. Contohnya, minyak pati daripada serai wangi (Cymbopogon nardus).
refractive indexindeks biasanHerbaTiadaNisbah halaju fasa cahaya di dalam vakum terhadap halaju fasa cahaya di dalam medium. Penentuan indeks biasan berguna untuk memastikan ketulenan dan kualiti suatu minyak herba. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai indeks biasan minyak serai wangi ialah 1.463 - 1.475 dan minyak kayu putih ialah 1.458 - 1.470.
aromatic planttumbuhan beraromaHerbaPemiawaianTumbuhan yang mengandungi komponen kimia berbau harum. Komponen ini terdapat dalam bentuk minyak pati. Contohnya, serai wangi (Cymbopogon nardus) dan nilam (Pogostemon cablin).
rubefacientubat gosokHerbaPemiawaianSediaan herba yang digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah pada anggota yang terseliuh atau melegakan sakit otot. Contohnya, minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra) dan minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus).
12

Kembali ke atas