anagogic interpretation | tafsiran anagogi | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran terhadap kata-kata atau karangan yang bercorak mistik atau rohaniah. Tafsiran ini berasal daripada sistem ganda empat (fourfold) dalam mentafsirkan Bible yang dominan pada Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Mengikut sistem ini, terdapat empat peringkat makna, iaitu peringkat harfiah dan sejarawi, alegori, tropologi, dan anagogi. Tafsiran anagogi memperoleh makna dengan merujuk kepada dimensi mistik atau rohaniah. Salah satu contoh terkenal penggunaan kaedah tafsiran ganda empat ialah tafsiran tentang peristiwa Exodus. Pada peringkat harfiah, peristiwa ini adalah mengenai kaum Ibrani yang dibebaskan dan keluar dari Mesir. Secara alegori, tafsiran ini merujuk kepada kisah Jesus sebagai penyelamat gereja atau penganut Kristian. Secara tropologi, tafsiran ini merujuk kepada pembaca Kristian yang mengalami transformasi daripada manusia yang berdosa kepada manusia yang dirahmati. Manakala secara anagogi, tafsiran merujuk kepada roh manusia yang bergerak dari keterikatan material kepada kewujudan yang kekal abadi. Teks yang dipandang tinggi dalam tradisi agama sering dialegorikan ataupun diberikan bacaan anagogi untuk mengekalkan penyebarannya dalam kalangan umat. Dalam teori sastera moden, penggunaan sistem tafsiran ganda empat banyak dibahaskan. Ada yang mempercayai bahawa makna ganda empat wujud dalam karya seperti Romance of the Rose oleh Chaucer. Peringkat makna alegori dan anagogi biasanya wujud dalam karya yang bersifat Kristian, iaitu yang dihasilkan oleh penyair seperti Milton, Herbert, dan Blake. Lihat juga alegori, hermeneutika. |
occult fiction | fiksyen ilmu hitam | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang berasaskan sistem pemikiran mistik atau fiksyen supernatural. Fiksyen ilmu hitam berdasarkan andaian bahawa terdapat realiti misteri yang berada di luar jangkauan dunia nyata. Realiti misteri ini digarap melalui amalan seperti ilmu sihir dan telepati. Telepati ialah perhubungan fikiran dan perasaan secara langsung antara minda seseorang dengan minda seseorang yang lain tanpa melalui deria yang biasa. Fiksyen ini merangkumi cerita fantasi, seram, dan rasukan. Contohnya, The Exorcist oleh William Peter Blatty. |
tantra | tantra | Kesusasteraan | Tiada | Penulisan keagamaan Hindu atau Buddha yang membicarakan perkara mistik dan magis. |
anagogy | anagogi | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran terhadap kata-kata atau karangan yang bercorak mistik atau spiritual. |
inscape and instress | penjana inti pati | Kesusasteraan | Tiada | Penyatuan dua unsur untuk mencetuskan kefahaman mistik tentang kesatuan alam ciptaan Tuhan dalam karya sastera. Unsur tersebut menyerlahkan keunikan objek semula jadi atau objek seni di satu pihak dengan tenaga yang diperlukan untuk menyerlahkan keunikannya di pihak yang lain. |
orthodoxy | faham ortodoks | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah. |
secular state | negara sekular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sesebuah negara yang tidak langsung bersandarkan kepada keagamaan atau unsur kepercayaan mistik. Pemerintahan ini memisahkan persoalan politik dan negara daripada sebarang peraturan keagamaan. Dalam pemerintahan ini, unsur rasionalisme memainkan peranan penting menggantikan peraturan agama. Kesalahan jenayah atau sivil tidak dihukum atau diadili melalui perundangan agama, sebaliknya melalui proses perundangan yang bebas. Demikian juga proses politik dan persaingan yang dilaksanakan bebas daripada tuntutan sebarang agama seperti mahukan ulama menjadi pemerintah. |
anagogic vision | visi anagogik | Kesusasteraan | Tiada | Persepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi. |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�. |
kayon | kayon | Kesusasteraan | Tiada | Gunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon menandakan masa rehat. |