Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.dul] | مودول

Definisi : 1. unit atau bahagian tersendiri yg leng­kap dgn komponennya yg melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dgn unit-unit lain dlm sesuatu yg lebih besar; 2. kursus, pelajaran (latihan dsb) yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata modul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
knock sensorpenderia ketukanKejuruteraan AutomotifEnjinPenderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir.
manifold absolute pressure sensorpenderia tekanan mutlak pancaronggaKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang mengesan tekanan mutlak dalam pancarongga pengambilan dan menukarkannya kepada isyarat voltan yang berubah-ubah untuk dihantar ke modul kawalan enjin atau modul kawalan rangkaian kuasa. Peranti ini digunakan dalam sistem suntikan bahan api atau sistem enjin kawalan elektronik. Tekanan yang dibaca oleh penderia ini digunakan oleh modul kawalan enjin untuk mengawal kadar suntikan bahan api.
course authorpengarang kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranIndividu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk modul pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan.
modularbermodulSains NuklearKejuruteraan ReaktorPendekatan yang digunakan dalam membina dan mereka bentuk reaktor nuklear dengan unit atau modul yang serba lengkap dan pasang siap. Unit atau modul ini boleh digabungkan untuk membentuk sistem yang lebih besar. Lihat juga small modular reactor (SMR).
electronic engine control systemsistem kawalan enjin elektronikKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pengurusan dan kawalan enjin yang terdiri daripada modul kawalan elektronik, penderia, suis dan penggerak. Sistem ini menerima isyarat input dari pelbagai penderia lalu diproses oleh modul kawalan elektronik dan menghasilkan isyarat output. Isyarat ini seterusnya dihantar ke penggerak untuk mengawal sistem pencucuhan, sistem suntikan bahan api, sistem kawalan pancaran dan sebagainya.
reservation modulemodul tempahanPelanconganTiadaUnit sistem yang lengkap dengan komponennya untuk melaksanakan fungsi tempahan tertentu.
Nox control modulemodul kawalan NoxKejuruteraan AutomotifEnjinKawalan pencucuhan elektronik yang dipasang pada kenderaan dengan kawalan enjin. Tujuannya untuk mengubah suai ciri pe masaan pencucuhan enjin bagi mengurangkan pancaran Nox.
module buildingbangunan modulPenilaian Harta TanahTiadaTiada
learning pathlaluan pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranJujukan kursus atau modul pembelajaran yang membolehkan pelajar menguasai sesuatu topik, subjek atau program pembelajaran.
bite-sized learningpembelajaran secekutTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang menyampaikan satu idea melalui modul secekut yang mesra pengguna dan mengekalkan minat pelajar sepanjang sesi pembelajaran.
123

Kembali ke atas