limited monarchy | monarki terhad | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas. |
absolute monarchy | monarki mutlak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh keluarga diraja. Dalam sistem monarki ini, keseluruhan sistem pemerintahannya dikuasai oleh anggota keluarga tersebut dan mewarisinya secara turun-temurun. Penguasaan ini merangkumi agensi pemerintahan, perundangan, jentera pentadbiran, sumber hasil negara dan sebagainya. Contohnya, negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan monarki mutlak. |
limited monarchy | monarki terbatas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat monarki terhad. |
monarchy | monarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan yang meletakkan institusi raja sebagai pemerintah yang memiliki kuasa yang mutlak, di luar kawalan undang-undang dan boleh melaksanakan sebarang tindakan tanpa batasan. Sistem penggantian kuasanya melalui warisan dan anak yang tertua atau anak lelaki yang terdekat bakal mewarisi takhta seperti yang terdapat di Brunei Darussalam, Kuwait dan Arab Saudi. Pemerintahan ini menolak sebarang persaingan dan tidak membenarkan kehadiran parti politik. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa negara yang mengamalkan monarki terhad atau berperlembagaan. Monarki jenis ini wujud dalam negara yang bersifat demokrasi seperti Malaysia, Jepun, Thailand dan Great Britain. |
Sheikhdom | negara Syeikh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah negara secara monarki mutlak oleh dinasti Sheikh dengan kerajaan yang terpusat dari istana. Pemerintahan ini berlangsung secara turun temurun tanpa unsur keterbukaan persaingan. Sheikh yang memerintah serta ahli keluarganya akan mendominasi institusi legislatif, eksekutif dan kehakiman. Mereka mengawal ketat aktiviti politik supaya kedudukan status quo tidak tercabar. Keluarga Sheikh ini juga menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Mereka menentukan perancangan ekonomi negara dan membuat segala keputusan penting seperti menentukan belanjawan negara, jenis barangan eksport, penyertaan dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Perkembangan demokrasi dan unsur-unsur keterbukaan dan sivil seperti kedudukan pilihan raya, pemisahan kuasa, persaingan parti politik dan kedudukan pembangkang serta peranan media dan NGO sangat minimum malah dalam banyak kes tidak wujud langsung. Contoh negara Sheikh ialah Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Qatar, Kuwait dan Bahrain. |
abdication crisis | krisis turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan sesebuah pemerintahan monarki yang mengalami krisis perebutan takhta antara dua atau lebih putera/puteri raja terhadap jawatan raja atau permaisuri yang dilepaskan. Krisis ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang akan mencetuskan konflik istana yang berlarutan. Contohnya, krisis antara Raja Hussein dengan Putera Abdullah yang merebut takhta kerajaan Jordan peninggalan ayahanda mereka. |
constitutional monarchy | negara raja berperlembagaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem kerajaan yang meletakkan kuasa raja atau monarki tertakluk kepada perlembagaan. Dalam sistem ini, raja tidak memiliki kuasa mutlak dan dihadkan serta tertumpu kepada urusan tertentu sahaja seperti menjadi ketua agama, adat istiadat dan bersifat keraian. Dalam menjalankan tanggungjawabnya, raja terlebih dahulu perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri atau menteri. Dalam konteks sosial pula, raja perlu mematuhi undang-undang dan boleh dihukum sekiranya melanggar peraturan. Contohnya, Malaysia, Thailand, Jepun dan Denmark. |
period style | gaya zaman | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot yang memiliki gaya istimewa atau sifat tertentu yang dihasilkan pada suatu era sejarah atau di bawah sesebuah pemerintahan monarki, atau oleh pusat pengajian reka bentuk tertentu. Arus gaya reka bentuk dalaman berubah disebabkan gaya hidup, politik, pengaruh iklim, bahan, moral, agama dan kedudukan ekonomi. Gaya juga turut bertukar kerana dipengaruhi oleh individu, keperluan asas penghiasan rumah, perkembangan teknologi dan seterusnya penciptaan yang lebih saintifik. |
civilian rule | pemerintahan awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang ditentukan oleh anggota masyarakat. Kerajaan ini memperoleh legitimasi untuk memerintah melalui proses pilihan raya atau pungutan suara. Hal ini berbeza dengan kerajaan tentera, monarki atau diktator. Dalam pemerintahan awam, rakyat merupakan sumber rujukan utama dan kerajaan pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat dalam setiap pelaksanaan sesuatu dasar. Dalam sistem pemerintahan ini, bidang kuasa pemerintahan diagihkan kepada tiga institusi iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan ini, rakyat berhak mendesak kerajaan atau pemerintah meletak jawatan. Contohnya, Kerajaan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan awam. |
pre-colonial society | masyarakat prakolonial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat negara sedang membangun yang wujud sebelum kedatangan penjajah. Masyarakat ini bersifat agraria, tertutup dan tidak terdedah kepada unsur kapitalisme dan perindustrian. Budaya politik masyarakat ini bersifat feudal dengan pemerintahan negara dikuasai oleh institusi monarki. Ekononi masyarakat ini masih bersifat sara diri dan hubungan antara anggota masyarakat masih bersifat egalitarian. Struktur sosial masyarakat ini adalah ringkas, homogen dan belum wujud imigrasi yang ketara. Penghijrahan dalaman masih terbatas, tahap pendidikan dan teknologi dalam masyarakat ini juga masih rendah. Contohnya, masyarakat Melayu Melaka sebelum kedatangan Portugis. |