monologue | monolog | Kesusasteraan | Tiada | Pertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran �To be or not to be� oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sab |
marrated monologue | monolog terkisah | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan dalam bentuk monolog dan karya terhasil daripada pemikiran dalam watak yang dibuat secara tidak langsung. Monolog terkisah biasanya melibatkan penceritaan orang ketiga. Dalam sesebuah karya yang mengandungi monolog terkisah, pengarang berada di luar cerita dan hanya menceritakan kejadian yang berlaku kepada watak berasaskan pemikiran dalaman watak itu sendiri. Justeru, monolog terkisah lebih banyak menceritakan peristiwa yang berlaku dalam mental atau pemikiran seseorang watak. |
interior monologue | monolog dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkn |
monologue | monolog | Kesenian | Drama dan Teater | Pengucapan atau percakapan yang dilakukan oleh pemegang peranan untuk pendengarannya sendiri dan untuk didengari oleh penonton. Monolog boleh juga berbentuk ungkapan dalam melakukan leteran, mengomel, racauan orang yang dalam keadaan kurang siuman, atau mengigau dalam tidur. |
dramatic monologue | monolog dramatik | Kesenian | Drama dan Teater | Pengucapan oleh sesuatu watak secara bersendirian yang menyampaikan gambaran emosi dan rohani watak. Sekiranya diolah dalam bentuk puisi, monolog dramatik sangat berkesan untuk melahirkan idea dalam fikiran bawah sedar atau pengalaman hidup pengucap. Sinonimsolilokui. Lihat jugadialog dramatik, ironi dramatik. |
dramatic monologue | monolog dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang membenarkan watak mendedahkan perasaan dan fikirannya secara langsung kepada penonton. Istilah ini dikaitkan dengan sajak Robert Browning seperti �My Last Duchess� dan �The Bishop Orders His Tomb�. Sajak-sajak ini menyampaikan fikiran dan perasaan watak dalam situasi dramatik. Dalam teater tradisional Melayu seperti makyung dan wayang kulit, teknik ini dikenali sebagai ucap tetap. Contohnya, semasa watak Pak Yung memperkenalkan dirinya secara monolog kepada khalayak dalam cerita Raja Bongsu Sakti. Selain itu, teknik ini juga terdapat dalam bangsawan dan drama Shakespeare. Contohnya, adegan dalam drama Hamlet, �To be or no to be� merupakan monolog dramatik. |
monologue | monolog | Kesusasteraan | Tiada | Percakapan panjang yang dituturkan oleh seorang watak sahaja sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada pendengar atau pembaca. |
monologue | monolog | Linguistik | Tiada | Tiada |
monologue | monolog | Pendidikan | Tiada | Tiada |
monologue | monolog | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |