Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mon.taj] | مونتج

Definisi : gambar, filem, gubahan lagu, atau pe­nulisan yg terdiri drpd bahagian yg berasingan dan digabungkan menjadi satuan yg menarik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata montaj


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
montagemontajKesusasteraanTiadaKaedah yang digunakan oleh pengarang untuk melahirkan makna atau suasana dalam karya. Kaedah ini melibatkan gabungan beberapa unsur penceritaan, peristiwa secara bertentangan atau jukstaposisi. Gabungan unsur penceritaan yang pelbagai sering dibuat tanpa susunan yang teratur atau logik sehingga memberi kesan tertentu kepada khalayak. Montaj banyak terdapat dalam bidang seni reka, drama dan filem. Dalam kesusasteran, penggunaan montaj ditemui dalam novel dan cerpen yang menggunakan pelbagai bentuk teknik penceritaan, khususnya dalam karya berbentuk tak konvensional. Makna atau kesan yang terdapat dalam cerita disampaikan melalui susunan peristiwa atau unsur yang saling bertentangan dan bukannya melalui susunan yang teratur seperti dalam karya konvensional. Montaj biasanya disampaikan melalui monolog dalaman watak dalam karya. Contoh penggunaan montaj dapat dilihat dalam novel bertajuk Daerah Zeni oleh A. Samad Said.
montagemontajKesusasteraanTiadaCara penulisan yang mungkin dipinjam daripada teknik pembikinan filem, dalam karya yang bercorak impresionisme untuk membina adegan atau suatu suasana dengan menyusun siri gambaran yang ringkas dan pantas, tanpa mengikut urutan yang logis.

Kembali ke atas