volatile oil | minyak meruap | Herba | Tiada | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati. |
silanization | pensilanaan | Kimia | Kimia Analisis | 1.Tindak balas sebatian silana dengan permukaan silika untuk mendapatkan permukaan yang lengai terhadap erapan. 2.Tindak balas antara sebatian silana dengan sebatian organik berkutub untuk menghasilkan terbitan yang mudah meruap dalam analisis kromatografi gas. |
isoprene | isoprena | Fizik | Nanoteknologi | Molekul C5H8 daripada getah asli yang berbentuk cecair tanpa warna dengan suhu didih 34.1�C, larut di dalam alkohol dan eter, tetapi tidak larut di dalam air. Cecair ini mudah mengalami pempolimeran untuk membentuk dimer dan resin elastomer dengan berat molekul yang tinggi. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poliisoprena dan getah buatan. |
large porous particle (LPP) | zarah besar berliang (LPP) | Fizik | Nanoteknologi | Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan. |
additive | aditif | Herba | Pemiawaian | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam sesuatu bahan atau campuran bahan lain dengan tujuan tertentu seperti untuk memberikan warna, menambahkan perisa atau memperbaiki sifat campuran tersebut. Contohnya, asid asetik yang ditambah sebanyak 1% dalam campuran minuman herba untuk memecahkan komponen gula bagi menghasilkan asid fenolik ringkas agar mudah diserap dalam usus. |