Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.da.ra.bah]/[mu.da.ra.bah] | مضاربة

Definisi : Ar pemberian modal (kpd orang, badan, institusi, dsb) utk diperniagakan dgn pembahagian keuntungan menurut perjanjian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mudarabah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
two-tier mudarabahmudarabah dua tahapEkonomiEkonomi IslamKemudahan mudarabah yang melibatkan tiga pihak, iaitu penyimpan, bank dan pengusaha melalui dua akad mudarabah yang berasingan. Akad mudarabah pertama melibatkan penyimpan dengan pihak bank. Akad mudarabah kedua pula, melibatkan pihak bank dengan pengusaha. Keuntungan atau kerugian akad kedua dikongsi oleh bank dan pengusaha. Bank berkongsi keuntungan atau kerugian akad mudarabah kedua dengan penyimpan berasaskan persetujuan dalam akad mudarabah pertama.
unconditional mudarabahmudarabah mutlaqahEkonomiEkonomi IslamAkad mudarabah yang tidak mengekang pengusaha berkenaan tempat, masa, musim, komoditi, kredit atau teknik urus niaga. Pengusaha diberi kebebasan untuk membuat pilihan sendiri tentang perkara berkenaan. Akad mudarabah hanya menentukan nisbah perkongsian untung. Sinonim mudarabah mutlak.
revolving mudarabahmudarabah pusinganEkonomiEkonomi IslamKemudahan pembiayaan mudarabah yang diberikan oleh perbankan Islam kepada pelanggan dengan syarat tertentu. Sekiranya pelanggan membayar semula sebahagian atau kesemua baki tertunggak pembiayaannya, pelanggan layak memperoleh dana mudarabah yang baru dan tertakluk kepada had pembiayaan tertentu. Kemudahan ini selari dengan kemudahan had kredit yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.
mudarabah depositdeposit mudarabahEkonomiEkonomi IslamDeposit yang disimpan di institusi kewangan Islam berasaskan akad mudarabah. Contohnya, wang yang didepositkan ke dalam akaun pelaburan am mudarabah atau akaun pelaburan khas mudarabah di institusi kewangan Islam.
unconditional mudarabahmudarabah mutlakEkonomiEkonomi IslamLihat mudarabah mutlaqah.
mudarabah modelmodel mudarabahEkonomiEkonomi IslamModel pembiayaan perbankan Islam yang dicadangkan oleh beberapa ilmuwan pada awal tahun 1970-an yang menggunakan konsep mudarabah dua hala. Hala pertama mudarabah melibatkan pihak bank dengan pendeposit yang bersetuju menyimpan wangnya dalam akaun pelaburan mudarabah. Dalam kes ini, pendeposit dikenali sebagai penyumbang modal dan bank sebagai pengusaha. Hala kedua mudarabah pula, melibatkan pihak bank yang bertindak sebagai penyumbang modal yang menyediakan modal kepada pengusaha.
mudarabah companysyarikat mudarabahEkonomiEkonomi IslamBentuk perkongsian perniagaan yang terhasil daripada akad mudarabah antara pemilik modal (sohibul mal) dengan pengusaha (mudarib). Perkongsian ini wujud kerana pemilik modal mempunyai modal tanpa kemahiran, manakala pengusaha pula mempunyai kemahiran tanpa modal. Pemilik modal dan pengusaha akan berkongsi keuntungan perniagaan mengikut kadar yang dipersetujui. Syarikat mudarabah terbahagi kepada dua, iaitu mudarabah mutlak dan mudarabah muqayyad.
mudarabah certificatesijil mudarabahEkonomiEkonomi IslamSijil yang mencatatkan nama penyimpan, bank pengeluar dan amaun yang disimpan dengan menggunakan akad mudarabah. Sijil ini dikeluarkan untuk memobilisasikan dana pelaburan. Sijil tersebut berbentuk khusus dan am. Sijil mudarabah khusus dikeluarkan untuk membiayai projek khusus dan hanya matang apabila projek tersebut selesai. Sijil mudarabah am pula boleh mempunyai tempoh spesifik atau tidak spesifik, tetapi dana boleh dilaburkan dalam semua aktiviti halal. Kedua-dua sijil boleh dikeluarkan dalam bentuk yang boleh diurusniagakan.
mudarabah sharesaham mudarabahEkonomiEkonomi IslamSaham yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan dana daripada orang ramai dengan menggunakan prinsip mudarabah. Syarikat mengeluarkan saham yang mencatatkan tentang harga, tempoh dan terma akad. Dana terkumpul dilaburkan dalam projek yang dibenarkan oleh syarak supaya orang ramai dapat berkongsi keuntungan atau kerugian. Pemegang saham mudarabah tidak mempunyai hak untuk melantik lembaga pengarah syarikat seperti hak pemegang saham biasa.
mudarabah mutlaqahmudarabah mutlakPerniagaan IslamTiadaPerkongsian perniagaan tanpa sebarang syarat seperti tempoh perkongsian, pembekal, lokasi atau jenis perniagaan. Banding mudarabah muqayyadah.
123456

Kembali ke atas