multinational corporation | syarikat multinasional | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Badan perniagaan yang memiliki atau mengawal pengeluaran barangan atau perkhidmatan di sebuah atau lebih negara selain negara kerakyatannya. Sebuah syarikat multinasional mempunyai hanya satu kerakyatan, umumnya dari negara ia ditubuhkan. Syarikat multinasional tidak memiliki personaliti perundangan antarabangsa. Oleh sebab itu, syarikat ini tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa dan tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan antarabangsa. Sekiranya harta sesebuah syarikat multinasional dirampas atau dirosakkan di negara selain negara kerakyatannya, negara kerakyatan boleh membuat tuntutan antarabangsa ke atas negara bersalah, dengan syarat syarikat berkenaan telah membuat tuntutan berhubung semua remedi tempatan di negara bersalah sehingga tuntas. Walaupun syarikat multinasional tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa, ia boleh membuat kontrak antarabangsa dengan negara. Kontrak sebegini boleh memperuntukkan bahawa sebarang perte |
multinational corporation | perbadanan multinasional | Pengurusan | Perancangan | Jenis organisasi yang beroperasi di lebih daripada satu negara yang dimiliki oleh syarikat induk dari dalam atau luar negara. Perbadanan multinasional ialah organisasi besar yang beroperasi di pelbagai negara dan perjalanan pengurusannya dikawal selia oleh syarikat induk. Contoh perbadanan multinasional ialah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), iaitu syarikat minyak dan gas kepunyaan Malaysia sepenuhnya, yang memiliki kepentingan perniagaan di lebih daripada 50 negara asing di seluruh pelosok dunia. Lihat juga strategi antarabangsa. |
open-end | ruang terbuka | Komunikasi | Korporat | Ruang dalam iklan yang disediakan oleh syarikat pengiklanan multinasional untuk diisi dengan kandungan tempatan. Syarikat pengiklanan multinasional biasanya menggunakan sebahagian besar masa siaran iklan dalam sesuatu tempoh siaran dengan kandungan luar negara. Oleh sebab wujud akta kandungan tempatan di pelbagai negara untuk siaran iklan di stesen tempatan terutama di negara membangun, maka pengiklan antarabangsa tik mempunyai pilihan kecuali menyediakan ruang terbuka. Pendekatan iklan seperti ini bermula apabila meluasnya aktiviti pengiklanan secara global. Bagi pihak syarikat pengiklanan multinasional, pendekatan ini boleh mengurangkan kos penerbitan iklan yang tinggi dan mengekalkan kawalan mutu iklan. Dalam keadaan tersebut, syarikat induk barangan atau perkhidmatan akan mengambil alih sebahagian daripada kos pengurusan penerbitan iklan dan bakinya ditanggung oleh syarikat cawangan. Syarikat cawangan akan memenuhkan ruang akhir iklan tersebut dengan kandungan tempatan. Terdapat penyesuaian ruang antara k |
multinational | multinasional; berbilang negara | Geografi | Tiada | Tiada |
multinational | multinasional/ berbilang negara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat yang mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia dan rekod perniagaan yang cemerlang dengan sokongan saiznya yang besar dan kepakaran teknologinya yang tinggi. |
multinational subsidiary | subsidiari multinasional | Geografi | Tiada | Tiada |
multinational corporation | perbadanan multinasional | Geografi | Tiada | Tiada |
multinational firm | firma multinasional | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
multinational company | syarikat multinasional | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
multinational business | perniagaan multinasional | Pentadbiran | Tiada | Tiada |