mutant | mutan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Organisma baharu yang terhasil daripada proses mutasi. |
mutant learner | pelajar mutan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang mudah menyesuaikan diri, berkembang dan berubah untuk memanfaatkan pembelajaran sambil berkongsi dan menyumbang pengetahuan untuk membantu pelajar lain. Mereka menggunakan teknologi dan alat dalam talian dalam proses tersebut. |
allelic series | siri alel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Rangkaian alel mutan yang berbeza menyebabkan pelbagai fenotip. Setiap siri alel akan membawa satu mutasi titik dalam bahagian lain gen yang sama. Siri alel mutasi mengganggu fungsi miostatin dan akan menyebabkan pengototan berganda pada haiwan seperti lembu. |
Ames test | ujian Ames | Sains Kesihatan | Tiada | Ujian in vitro untuk menentukan mutagenisiti dengan menggunakan strain bakteria mutan Salmonella tifimurium. |
allelic exclusion | penyisihan alel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses yang merujuk hanya satu alel daripada gen ditunjukkan, manakala alel yang lain dikaburkan. Penyisihan alel menguraikan alel mutan bagi gen yang menghasilkan fenotip yang berbilang. Setiap satu alel membawa satu titik mutasi antara kawasan berbeza bagi gen yang sama. Kebanyakan gen individu mewarisi satu salinan bagi setiap gen daripada tiap-tiap ibu bapa. Sekurang-kurangnya dua keadaan pemilihan yang berbeza boleh menjurus kepada penyisihan alel. Dalam satu keadaan, satu alel gen boleh berkeadaan senyap semasa transkripsi dan akan menghasilkan ungkapan alel yang kedua. Dalam keadaan yang lain, kedua-dua alel boleh ditranskripsikan, seterusnya mekanisme akan menjurus kepada penghapusan produk protein daripada satu sel pasca transkripsi dan pasca penterjemahan. |