characteristic piece/character piece/ miniatures | muzik perwatakan | Muzik | Tiada | Karya piano solo Zaman Romantik. Muzik perwatakan merupakan salah satu daripada muzik program. Muzik perwatakan mempunyai tajuk deskriptif tentang sesuatu cerita atau suasana. |
camera | camera | Muzik | Tiada | Sejenis muzik kamar yang dikenali sebagai musica da camera pada Zaman Barok. Muzik jenis ini dipersembahkan dalam kamar. Musica da camera berbeza dengan musica da chiesa, iaitu muzik yang sesuai dipersembahkan di gereja. Lihat juga muzik kamar, sonata. |
divertimento | divertimento | Muzik | Tiada | Muzik ringan dalam lingkungan tahun 1750-1780 bagi alat solo atau ensembel.Divertimento menggabungkan ciri sonata, simfoni dan suite. Divertimento juga mengandungi antara 4-10 gerakan muzik pendek dalam bentuk sonata, menuet dan trio,dan variasi. Contohnya, Eine Kleine Nachtmusik, K. 525 (1787) oleh W.A. Mozart. |
vocal | suara | Kesenian | Tiada | Bahagian muzik yang memerlukan suara penyanyi dengan muzik iringan atau tanpa muzik iringan. |
scherzo | scherzo | Muzik | Tiada | Gerakan muzik dalam sesebuah karya yang mengandungi pelbagai gerakan muzik pada Zaman Klasik seperti sonata, simfoni dan kuartet. Karya jenis ini bermeter 3/4, bertempo laju dan beritma rancak. Scherzo biasanya ialah gerakan ketiga dalam karya yang mengandungi pelbagai gerakan muzik. |
style galant | style galant | Muzik | Tiada | Gaya muzik yang berasal dari Itali pada awal Zaman Klasik. Muzik style galant mengutamakan frasa melodi yang berkala dan mempunyai banyak kadens. Tekstur galant bercirikan homofoni dan iringan harmoni yang tidak rumit. Gaya sofistikated dan halus merupakan perwatakan muzik jenis ini. Komposer style galant adalah seperti Leonardo Vinci (1694-1730), Giovanni Battista Pergolesi (1710-1736), Baldassare Galuppi (1706-1785) dan Giovanni Battista Sammartini (1701-1775). |
march | march | Muzik | Tiada | Muzik untuk mengiringi sekumpulan tentera yang berkawad. March bertempo sederhana, bermeter kuadrupel dan setiap bit pertama ditekankan. |
gamelan gong kebyar | gamelan gong kebyar | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar. |
ritornello | ritornello | Muzik | Tiada | 1. Bahagian muzik instrumental yang berfungsi sebagai pendahuluan, interlud atau poslud dalam sebuah muzik vokal pada abad ke-17. 2. Bahagian tutti, iaitu kumpulan besar atau bahagian orkestra dalam konserto groso. Lihat juga konserto. |
Ars antiqua | Ars antiqua | Muzik | Tiada | Gaya seni pada Zaman Pertengahan, iaitu lebih kurang tahun 1150-1300. Muzik Ars antiqua berkait dengan canta gereja. Tekstur utama termasuk monofoni, heterofoni dan polifoni, Ars antiqua melambangkan zaman polifoni Perancis yang diperkenalkan oleh kumpulan Notre Dame.Penggubah muzik utama ialah Leonin dan Perotin. Bentuk muzik keagamaan ini termasuk genre organum, clausula, conductus dan motetus. Bentuk muzik sekular termasuk genre estampie, rondellus dan ductia. |