Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.zi.kal] | موزيکل

Definisi : berharmoni, merdu: keindahan bunyi yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muzikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
musical comedykomedi muzikalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater hiburan yang menggabungkan dialog, muzik, lagu dan tarian. Komedi muzikal menggunakan plot yang romantik dan memasukkan unsur burlesque dan satira. Kejayaan komedi muzikal bergantung pada lagu dan pementasan yang mengkagumkan. Komedi ini berasal daripada voudeville, iaitu bentuk persembahan teater yang bersifat kasar dan riuh rendah. Pada awalnya, komedi muzikal dikenali sebagai opera balada dan opera komik. Bentuk persembahan komedi ini berkembang dan menjadi popular di England dan Amerika pada awal kurun ke-20. Persembahan komedi muzikal yang terkenal ialah Hello Dolly, Fiddler on the Roof, dan My Fair Lady manakala komedi yang terbaharu ialah Cats, Miss Saigon, Les Miserables dan The Beauty and The Beast. Contoh tempatan ialah P. Ramlee: The Musical. Lihat juga burlesque, satira.
musical theatreteater muzikalKesusasteraanTiadaGenre drama yang mengutamakan muzik, nyanyian dan tarian.
tonenada; ronaKesenianTiada1. Bunyi muzikal 2. Jeda major kedua. 3. Kualiti bunyi.
light operaopera ringanKesenianTiadaCorak persembahan opera yang membawa cerita lebih sederhana dan turut mengandungi dialog selain lagu dan muzik. Dalam konteks masa kini, teater muzikal boleh dianggap sebagai opera ringan. Sinonim opereta.
new comedykomedi baruKesusasteraanTiadaBentuk drama cereka bertemakan cinta dan persoalan kehidupan harian. Komedi ini menggantikan komedi lama Yunani, menjadi asas kepada komedi Shakespeare dan komedi lain yang sama dengannya. Tidak seperti komedi lama, komedi baru mengetepikan unsur satira tentang isu semasa. Plotnya bersifat cereka, wataknya stereotaip dan ceritanya berakhir dengan kebahagian. Di samping itu, unsur korus dalam komedi lama telah digantikan dengan selingan muzikal. Banding komedi lama.
repetitionperulanganKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini
burlesqueburlesqueKesusasteraanTiadaGaya penulisan atau persembahan yang meniru suatu gaya penulisan atau persembahan yang lain dengan tujuan mempersendakannya. Ada dua jenis burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque ini ialah ketidakserasian antara isi dengan gaya. Burlesque tinggi memaparkan perkara remeh-temah dengan menggunakan gaya tinggi dan halus. Contoh burlesque tinggi dalam persembahan drama ialah The Rehearsal oleh George Viliers, sementara contoh dalam penulisan ialah The Rape of the Lock oleh Alexandera Pope. Burlesque rendah pula memaparkan perkara yang serius dengan gaya yang kasar dan sambil lewa. Contoh burlesque rendah dalam pementasan drama muzikal ialah Springtime for Hitler yang dirancang untuk filem Mel Brooks bertajuk The Producers. Contoh dalam penulisan novel ialah Nightmare Abbey oleh Thomas L. Peacock yang mempersendakan gaya novel gotik. Lihat juga novel gotik.
comedykomediKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mengisahkan situasi lucu tentang kelemahan manusia dan kepincangan masyarakat. Komedi merupakan salah satu daripada tiga bentuk drama, selain drama tragedi dan melodrama. Bahan komedi dibahagikan kepada komedi tinggi dan komedi rendah. Komedi tinggi mengutamakan tema yang memerlukan pemikiran dan melahirkan renungan dalam ketawa. Komedi rendah pula bertujuan mencetuskan gelak ketawa melalui jenaka kasar tentang masyarakat bawahan. Jenis komedi yang lain ialah komedi idea (menegaskan idea) komedi intrigue (memperihalkan kesulitan), dan komedi moral (menegaskan perkara akhlak). Contoh drama komedi ialah Raja Lawak oleh Zakaria Ariffin. Lihat juga komedi baru, komedi lama, komedi muzikal, komedi pahit, komedi romantik, komedi satira, komedi sentimental.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiadaPenyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan.

Kembali ke atas