Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intonationintonasiKesusasteraanTiadaPerubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair.
inflectioninfleksiSains KesihatanTiadaPerubahan nada suara sama ada tinggi atau rendah.
voicesuaraKesusasteraanTiadaGaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka.
tonenadaKesusasteraanPuisiTinggi atau rendahnya tekanan suara. Nada digunakan apabila membicarakan sikap penyair terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati penyair. Nada terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah melankolik, patriotik, prates, romantik dan sinis. Jenis� jenis ini ditentukan oleh sifat suasana hati penyair yang timbul daripada cara penggunaan gaya bahasanya atau pemilihan kata� kata.
hoarsenesskeserakanSains KesihatanTiadaKualiti suara yang terganggu disebabkan korda yang tidak rapat dengan optimum. Kualiti suara ini dicirikan oleh tahap nada yang rendah dan lingkungan nada yang terhad.

Kembali ke atas