Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.fas] | نفس

Definisi : 1. udara yg disedut ke dlm dan di­hembuskan keluar dr paru-paru; menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); meng­hembuskan ~ yg akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya ke-upayaan baru: memberi ~ baru kpd per­kembangan dunia hiburan dan per­kem­bangan bahasa Malaysia amnya; senafas 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~; bernafas 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri; menafaskan mengeluarkan nafas; pernafasan perihal bernafas: liang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.fas] | نفس

Definisi : 1 udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru: menarik ~. 2 penyedutan dan penghembusan udara (dr paru-paru): ~nya panjang. bernafas 1 menyedut dan menghembuskan nafas: Ikan ~ dgn insangnya. 2 hidup; bernyawa: Tiap-tiap yg ~ akan mati juga sudahnya. pernafasan perbuatan atau hal ber­nafas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafas
Kata Terbitan : senafas, bernafas,

Puisi
 

Cekak manis makanan sotong,
     Sotong nak mati ditimpa ruang;
Tarik nafas tergantung-gantung,
     Terkenang diri dikeji orang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berair kerongkongan.

Bermaksud :

Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paradoxical breathingpernafasan paradoksikalKejururawatanTiadaKeadaan bentuk pernafasan yang tidak normal, iaitu semasa menarik nafas, dinding dada bergerak ke dalam dan sebaliknya semasa menghembus nafas.
paroxysmal nocturnal dyspnea (PND)dispnea paroksismal nokturnal (PND)KejururawatanTiadaKeadaan sesak nafas yang berlaku secara tiba-tiba pada waktu malam, yang menyebabkan pesakit terjaga daripada tidur. Keadaan ini berlaku akibat kegagalan ventrikel kiri.
asthmaasmaKejururawatanTiadaKeadaan pulmonari tersekat yang dicirikan dengan serangan sesak nafas yang berulang dari masa ke masa, dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus dan penghasilan sekresi yang banyak.
celebral deathkematian serebrumKejururawatanTiadaKehilangan fungsi otak yang tidak dapat dipulihkan yang dicirikan oleh nafas terhenti, tiada tindak balas terhadap rangsangan, kehilangan aktiviti otot dan gelombang elektro-ensefalogram mendatar bagi tempoh masa tertentu.
pleura effusionefusi pleuraKejururawatanTiadaKehadiran cecair yang berlebihan di dalam kaviti pleura. Ciri klinikalnya ialah sesak nafas, sakit dada dan sianosis. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyakit paru-paru.
meaningmaksudKesusasteraanPuisiErti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad.
long-tailed COVID-19COVID-19 berlarutanKesihatan AwamTiadaPelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala.
post-acute COVID-19COVID-19 pascaakutKesihatan AwamTiadaPelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala.
hebal lozengelozeng herbaHerbaTiadaSediaan herba dalam bentuk pepejal yang mengandungi gula dan gam. Lozeng digunakan untuk merawat penyakit berkaitan mulut dan kerongkong, batuk dan nafas berbau. Lozeng biasanya dikemam supaya melarut secara perlahan-lahan. Contohnya, gula-gula berubat herba.
rhonchirhonkiKejururawatanTiadaBunyi abnormal yang dihasilkan oleh udara semasa melalui bronkus yang sempit. Bunyi ini boleh didengar dengan menggunakan stetoskop semasa pesakit menarik dan menghembus nafas.
12

Kembali ke atas