Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[naf.su] | نفسو

Definisi : Ar 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk me­lakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh me­lakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan ke­inginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat ark ke­mahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri; bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[naf.su] | نفسو

Definisi : 1 keinginan yg kuat (keras); dorongan hati. 2 = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg kurang baik (spt berseronok-seronok antara lelaki dgn perempuan secara haram). 3 = ~ makan keinginan hendak makan; selera. bernafsu dgn penuh nafsu; ada nafsunya: Saya tidak ~ hendak makan kuih itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafsu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan keinginan, kemahuan, kehendak, dorongan hati;,
Kata Terbitan : bernafsu,

Puisi
 

Kain baldu dibuat tilam,
     Dara berdandan pengantin baru;
Rosak madu kerana jadam,
     Rosak iman kerana nafsu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Nafsu tidak bertepi.

Bermaksud :

Keinginan hati manusia tidak ada batasnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams.
frigiditykedinginanHerbaFitoterapiKekurangan nafsu seks terutamanya pada wanita yang menyebabkan wanita tersebut berlaku dingin terhadap pasangan.
Electra complexkompleks ElectraKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak perempuan terhadap bapa kandungnya. Banding kompleks Oedipus.
aphrodisiacafrodisiakHerbaFitoterapiBahan yang dapat merangsang atau meningkatkan nafsu seks.
pornographypornografiKriminologiKeadilan JenayahBahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut.
castration complexkompleks kembirianKesusasteraanTiadaTeori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud tetapi dipertikaikan oleh ramai pengkritik. Menurut teori ini, kanak-kanak lelaki mempunyai nafsu seksual terhadap ibunya tetapi terpaksa dinyahkan keinginan songsang itu oleh bapanya dengan ugutan untuk mengembirikan anak lelakinya. Pengembirian boleh berlaku dengan pelbagai cara, biasanya secara simbolik dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berasakan diri mereka telah dikembirikan dan membesar dengan mempunyai perasaan iri hati terhadap lelaki kerana mempunyai zakar. Freud menamainya sebagai �konsep iri hati pada zakar�. Teori ini sukar diterima oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan pengkritik atas sebab-sebab keagamaan dan moral. Dalam sastera Yunani purba, watak Oedipus merupakan motif anak lelaki yang bernafsu seksual terhadap ibunya serta membunuh bapanya bagi mencapai matlamat nafsunya. Freud menggunakan senario Oedipal ini untuk menerangkan teori bagaimana kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapat identiti gender mereka, iaitu budak lelaki harus belajar melepaskan perkongsian identiti dengan ibunya dan mula mengenali dirinya lebih mirip dengan bapanya. Budak perempuan pula melepaskan bapanya dan mengenali dirinya sama seperti ibunya. Persoalan identiti gender ini mendapat perhatian ahli feminis dan kajian dalam teori feminisme. Pemikiran ini banyak dimanfaatkan dalam penulisan sastera.
online pornographypornografi dalam talianKriminologiKeadilan JenayahBahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut yang berlaku dalam talian. Sinonim pornografi internet.
pornographic materialbahan pornografiKriminologiKeadilan JenayahBahan-bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual.
ErosErosKesusasteraanTiadaNama Dewa Percintaan bangsa Yunani purba. Bangsa Roman purba mengenalinya sebagai cupid. Dewa percintaan ini sering muncul dalam karya sastera klasik Eropah. Istilah Eros bersinonim dengan konsep nafsu cinta dan berahi. Dalam bidang psikiatri, istilah Eros merujuk kepada tahap keinginan seks seseorang.
the othersi lainKesusasteraanTiadaKonsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya.
12

Kembali ke atas