Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
author fullnenssnama penuh pengarangPerpustakaanTiadaNama penuh pengarang yang digunakan pada entri pengarang di dalam katalog bagi membezakan daripada nama penuh sekunder.
full-namenama penuhPerpustakaanTiadaTiada
fully qualified domain name (FQDN)Nama domain lulus penuhTeknologi MaklumatTiadaNama penuh suatu komputer hos yang setara bagi alamat IP komputer tersebut. Contohnya www.dbp.gov.my adalah setara dengan alamat IP komputer hos DBP iaitu 202.201.35.7. Lihat alamat IP, nama domain.
countermarktanda kertas kecilPerpustakaanTiadaTanda kecil pada kertas jenis antik yang terletak pada bahagian tengah-bawah helaian kertas tersebut yang bertentangan dengan tera air yang biasanya terdiri daripada nama penuh atau nama ringkas penanda, tarikh, tempat dan beberapa tanda lain.
domain namenama domainTeknologi MaklumatTiadaNama komputer hos yang menjadi pelayan. Contohnya nama domain komputer pelayan Dewan Bahasa adalah dbp.gov.my yang membawa maksud berikut; dbp adalah nama organisasi (hos), .gov adalah jenis organisasi hos (kerajaan) dan .my adalah nama negara (lokasi hos). Lihat nama domain layak penuh.
bulan penuhbulan penuhKesenianTiadaBulatan yang dipasang antara sayap dengan bulan sabit pada wau bulan. Lebarnya sama dengan lebar kepala dan dikenali juga dengan nama labu di Kelantan. labu
lengkok bulanlengkok bulanKesenianTiadaBahagian lengkung dalam wau bulan dari sayap dan bulan sabit ke bulan penuh, dikenali juga dengan nama cakah di Kelantan.
semibrevesemibrifKesenianTiadaNama untuk staf notasi yang mempunyai nilai not penuh.
first editionedisi pertamaKesusasteraanTiadaKarya yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. Pada halaman awalan, tercatat nama pengarang, tahun dan tempat diterbitkan, halaman hak cipta, International Standard Book Number (ISBN), pengkatalogan dalam penerbitan, judul penuh, judul separa dan sebagainya. Karya yang dimaksudkan meliputi karya kreatif seperti novelm kumpulan cerpen, drama atau puisi, dan karya bukan kreatif seperti karya umum atau kritikan. Edisi pertama tidak hanya merujuk kepada buku dan majalah, tetapi juga edisi akhbar yang pertama kali dicetak dan diterbitkan.
HSL (hue, saturation, limunance)HSL (rona, penepuan, limunans)Teknologi MaklumatTiadaModel warna ini berasaskan kepada rona, penepuan dan luminans. Rona merujuk kepada nama warna (seperti hijau, biru, merah). Penepuan merujuk kepada kekuatan atau ketulenan warna tersebut. Luminans menunjukkan kecerahan sesuatu warna, contohnya luminans penuh menghasilkan putih dan tiada luminans menghasilkan hitam.

Kembali ke atas