Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1 dpt melihat: Mereka tidak ~ orang yg mengambil buku itu. 2 dpt dilihat; tampak; kelihatan: Bangunan parlimen ~ dr sini. nampaknya besar kemungkinannya bahawa: ~ mereka akan berjaya lagi pd tahun ini. menam­pakkan menunjukkan supaya dpt di­lihat; memperlihatkan: ~ diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
visible exporteksport nampakEkonomiTiadaEksport barang dagangan yang boleh dilihat dan disentuh. Eksport nampak termasuk getah, minyak kelapa sawit, dan komponen barang elektrik dan elektronik.
visible spectrophotometryspektrofotometri nampakHerbaTiadaKaedah analisis berdasarkan pengukuran keamatan warna suatu komponen kimia dalam bahan herba. Kaedah ini menentukan kandungan komponen kimia yang dapat menyerap sinaran nampak pada panjang gelombang antara 400 nm - 800 nm dan digunakan untuk mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Contohnya assai kandungan sennosida B dalam daun senamaki dan ujian kuasa pewarnaan rosel. Sinonim kolorimetri.
invisible exporteksport tak nampakEkonomiTiadaEksport perkhidmatan, seperti perkhidmatan perkapalan, penerbangan, pelancongan, dan insurans.
paradoxparadoksKesusasteraanTiadaPernyataan yang nampak bercanggah atau tidak masuk akal, tetapi sebenarnya munasabah. Paradoks sering digunakan oleh pengarang dan penyair serta merupakan alat utama dalam puisi metafizik dan keagamaan. Penggunaannya sebagai salah satu cara untuk menyatakan ketakjuban dalam agama Kristian yang melampaui akal dan logik manusia. Contohnya, pemerian tuhan dalam karya Paradise Lost oleh Milton, iaitu �Dark with excessive bright thy skirts appear�. Paradoks dikembangkan penggunaannya oleh pengikut Kritikan Baru untuk menunjukkan penyimpangan daripada kebiasaan yang mengejutkan. Paradoks yang mencantumkan dua perkataan yang bertentangan disebut sebagai oksimoron. Contohnya, ungkapan seperti loving hate dan pleasing pain. Lihat juga kritikan baru, oksimoron, puisi metafizikal.
photometric titrationtitratan fotometeriKimiaKimia AnalisisTeknik titratan yang menggunakan perubahan serapan sinaran nampak atau ultralembayung sebagai asas untuk menentukan takat akhirnya.
photometerfotometerKimiaKimia AnalisisAlat yang digunakan untuk mengukur keamatan cahaya atau sinaran elektromagnet dalam daerah nampak. Alat ini terdiri daripada sumber sinaran, pengawal panjang gelombang dan pengesan keamatan cahaya.
scintillation detectorpengesan sintilasiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPengesan sinaran yang menggunakan bahan kimia yang menghasilkan cahaya nampak apabila terdedah kepada sinaran pengionan. Kuantiti cahaya adalah berkadaran dengan jumlah sinaran yang terdedah kepadanya.
cross hairpenenang; rambut silang; benang silang (KEJ)KejuruteraanTiada1. Garis penunjuk lurus yang mengufuk atau tegak, yang menetapkan garis nampak pada teleskop ukur.,untuk menunjukkan titik pada paparan yang koordinatnya dikehendaki.
cross hairpenenang; rambut silang; benang silang (KEJ)PertanianTiada1. Garis penunjuk lurus yang mengufuk atau tegak, yang menetapkan garis nampak pada teleskop ukur.
atomic absorption spectroscopyspektroskopi penyerapan atomKimiaKimia AnalisisKaedah analisis bagi penentuan kuantitatif unsur. Kaedah ini berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung atau cahaya nampak oleh atom dalam keadaan gas. Dalam kaedah ini sampel ditukarkan kepada bentuk wap dengan menyebarkan larutan ke dalam nyalaan. Punca cahaya yang digunakan terdiri daripada lampu katod berongga yang mengandungi unsur itu yang atom unsur ini akan menyerap secara presis pada panjang gelombang yang dipancarkan oleh punca cahaya tersebut.
12

Kembali ke atas