ban mot | kata nan indah | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan atau diksi yang dipilih oleh penyair untuk mengungkapkan sesuatu isu atau pemikiran yang sesuai dan harmonis dengan teknik dan gayanya serta seimbang, tidak terlalu sarat dengan suatu aspek saja. Keseimbangan, keharmonian dan ketepatan posisinya boleh menimbulkan rasa puitis dan estetik. |
?usn al-ta�l?l | ?usn al-ta�l?l | Kesusasteraan | Tiada | Penafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad? |
kaba | kaba | Kesusasteraan | Tiada | Sastera lisan atau bertulis orang Minangkabau yang mungkin dapat dikategorikan sebagai genre roman lipur lara. Kaba biasanya merupakan roman sejarah atau didaktik yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kerohanian. Unsur yang menjadi asas cerita kaba masih sama seperti lipur lara, iaitu percintaan dan pengembaraan. Kaba disampaikan dalam bahasa yang berbunga-bunga, diindahkan dengan pantun dan talibun. Kaba memperlihatkan pengaruh Islam yang ketara, namun unsur peribumi dan Hindu juga agak dominan. Kaba disampaikan oleh tukang kaba dengan iringan alat-alat bunyian dan diselang-selikan dengan tarian randai. Persembahan kaba biasanya mengiringi upacara adat setempat. Kaba yang tertua ialah kaba Cinduo Mato yang dianggap wujud sebelum tahun 1350. Contoh kaba yang lain ialah Sabai Nan Aluih, Rancak di Labueh dan Puti Nilam Cayo. Kaba berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud �khabar�. Lihat juga talibun. |