Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Pr tidak tentu arah (fikiran). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nano


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanosized grainbutiran bersaiz nanoFizikNanoteknologiPerihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer.
nanostructurenanostrukturFizikNanoteknologiObjek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm.
nanosphere lift-off lithographylitografi angkat-naik nanosferaFizikNanoteknologiKaedah litografi yang menggunakan sfera kecil berskala nano bagi membentuk corak atas permukaan. Sfera ini bertindak sebagai topeng untuk menghalang keluasan tertentu pada permukaan daripada menerima pendepositan bahan nano daripada fasa wap.
nanocompositenanokompositFizikNanoteknologiBahan yang terhasil daripada penambahan beberapa peratus bahan tertentu bersaiz nano ke atas suatu bahan asas. Sifat fizik bahan komposit adalah seperti kekonduksian elektrik, terma atau kekuatan mekanik berbeza secara drastik daripada sifat bahan asal. Bahan bersaiz nano tersebut dapat terdiri daripada nanotiub atau nanozarah.
nanoroboticsnanorobotikFizikNanoteknologiIlmu teknologi untuk membina mesin atau robot berskala menghampiri skala nanometer biasanya antara 0.1 mikrometer - 10 mikrometer. Robot ini digunakan untuk berinteraksi dengan tepat kepada objek berskala nano atau berupaya bekerja pada resolusi skala nano. Contohnya, nanorobot digunakan untuk mengenal pasti dan membunuh sel kanser.
nanoplanktonnanoplanktonSains MarinTiadaPlankton bersaiz nano dalam julat ukuran 2-20 mikrometer. Contohnya, kumpulan Protista eukariot yang bersaiz kecil, diatom kecil, flagelata kecil, krisofita, firofita, klorofita dan xantofita.
nanocomputernanokomputerFizikNanoteknologiKomputer dengan litar bersaiz nano yang berasaskan sistem elektronik, biokimia atau kuantum. Nanokomputer berupaya memproses data dengan lebih laju, di samping memiliki ingatan yang lebih besar berbanding mikrokomputer.
nanostrandnanolembarFizikNanoteknologiBebenang dengan ketebalan bersaiz nano yang digunakan untuk menghubungkan atau mengikat dua atau lebih struktur molekul. Contohnya, dua bebenang digunakan untuk menghubungkan struktur nukleotid, adenina dan timina kepada pasangan heliks DNA dan begitu juga dua lembar lagi untuk mengikat struktur nukleotid, guanina dan sitosina pada pasangan heliks tersebut. Tebal bagi bebenang ini adalah kira-kira 0.34 nm.
nanoelectromechanical deviceperanti nanoelektromekanikFizikNanoteknologiAlat bersaiz nano yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, nanopam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan.
molecular batterybateri molekulFizikNanoteknologiPeranti elektrokimia bersaiz nano yang dibina menggunakan molekul tertentu yang berupaya menyimpan cas. Contohnya, bateri yang dihasilkan dengan menumbuhkan molekul oligo fenilena-etinilena (OPE) berbentuk seperti berus rambut atas permukaan substrat emas.
12345

Kembali ke atas