Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.no.mé.ter] | نانوميتر

Definisi : (nanométer) satu perseribu juta meter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanometer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanometernanometerFizikNanoteknologiUkuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm.
nanosciencenanosainsFizikNanoteknologiSubbidang sains yang mengkaji fenomena yang berkaitan dengan struktur atau bahan berskala nanometer. Struktur nanometer telah wujud secara tabii seperti DNA dan permukaan sayap kupu-kupu, atau yang dihasilkan secara teknologi seperti nanotiub karbon dan nanozarah.
nanotribologynanotribologiFizikNanoteknologiKajian yang berkaitan dengan geseran, haus, lusuh dan pelinciran pada skala nanometer. Contohnya kajian lekatan suatu lapisan berketebalan nanometer ke atas permukaan suatu bahan untuk membuat pelincir dalam industri kereta. Alat yang biasa digunakan untuk kajian nanotribologi ialah mikroskop daya atom (AFM).
nanofibrenanogentianTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan yang berasaskan gentian dan berdiameter kurang daripada 100 nanometer. Walau bagaimanapun, dalam industri tekstil diameter gentian boleh mencapai sehingga 1000 nanometer.
nanoporous structurestruktur nanoliangFizikNanoteknologiStruktur bahan yang terdiri daripada liang bersaiz nanometer dan struktur ini dikaitkan dengan keluasan permukaan yang biasanya melebihi beberapa ratus meter persegi per gram dan saiz diameter liang dalam skala nanometer. Contoh bahan yang mempunyai struktur nanoliang ialah zeolit, yang digunakan sebagai penapis molekul dan polimer nanoliang yang digunakan sebagai membran elektrolit bagi sel bahan api.
nanosized grainbutiran bersaiz nanoFizikNanoteknologiPerihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer.
nanoemulsionnanoemulsiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSebarang campuran cecair yang secara kinetiknya stabil dan berdiameter titisan minimum antara 50 hingga 1000 nanometer. Umumnya, saiz titisan biasanya berjulat antara 100 hingga 500 nanometer. Contohnya, emulsi air-minyak.
nanotubenanotiubFizikNanoteknologiStruktur molekul berskala nanometer berbentuk seperti tiub atau silinder. Terdapat pelbagai jenis nanotiub, antaranya ialah nanotiub karbon, nanotiub inorganik, nanotiub DNA, dan nanotiub membran. Nanotiub mempunyai sifat elektronik, terma dan struktur yang lebar bergantung pada diameter, panjang dan liukan. Nanotiub dapat wujud dalam bentuk dinding tunggal atau dinding berlapis-lapis atau silinder di dalam silinder. Antara penggunaan nanotiub ialah penyimpanan data berkapasiti tinggi, peranti elektronik berskala nano dan sel suria. Lihat juga nanotiub karbon.
quantum dotbintik kuantumFizikNanoteknologiZarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik.
quantum corralkandang kuantumFizikNanoteknologiCincin bersaiz nanometer yang terdiri daripada susunan atom yang teratur di atas substrat. Atom tersebut disusun menggunakan mikroskop penerowongan atom (STM). Saiz dan bentuk kandang ini menentukan keadaan kuantum, termasuk tenaga dan taburan elektron. Contohnya, cincin atom kobalt atau besi atas permukaan kuprum.
123456

Kembali ke atas