access time | masa capaian | Teknologi Maklumat | Perisian | Tempoh yang diambil bagi sesuatu atur cara atau peranti untuk mengenal pasti data atau maklumat yang membenarkan data atau maklumat itu diproses oleh komputer. Tempoh capaian ini diukur dalam milisaat atau nanosaat bergantung pada peranti yang digunakan. Contohnya, peranti RAM statik (SRAM) mempunyai masa capaian yang rendah berbanding RAM dinamik (DRAM). Hal ini bererti RAM statik mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding RAM dinamik. Masa capaian ini juga digunakan untuk menerangkan kelajuan pemacu cakera termasuk tempoh yang diambil bagi kepala baca atau tulis untuk mengenal pasti sektor dalam cakera tersebut. Beberapa contoh masa capaian bagi peranti yang terkini adalah seperti yang berikut: Pemacu cakera: 9 milisaat -15 milisaat RAM statik: 10 nanosaat - 50 nanosaat RAM dinamik: 50 nanosaat -150 nanosaat |
nanosecond | nanosaat | Matematik | Tiada | Unit masa yang bersamaan dengan satu per seribu juta saat atau 10-9 saat. |
nanosecond | nanosaat | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit masa yang mewakili satu per satu bilion saat (10-9 saat). Ia menjadi ukuran masa untuk membaca atau menulis pada cakera keras, ingatan capaian rawak (RAM) atau cakera padat ingatan baca sahaja (CD-ROM). Ia juga mengukur masa perjalanan paket data dalam Internet. |
nanosecond flash spectroscopy | spektroskopi kilat nanosaat | Kimia | Tiada | Tiada |
DRAM (dynamic random access memory) | DRAM (ingatan capaian rawak dinamik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Cip ingatan utama berkelajuan tinggi yang mempunyai masa capaian 80 hingga 120 nanosaat. Cip ingatan ini menggunakan kapasitor untuk menyimpan cas elektrik. Oleh itu, cip ini perlu dicas semula secara tetap. |