Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ra.tor] | ناراتور

Definisi : orang yg mengisahkan sesuatu, pen­cerita, pengisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata narator


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
center of consciousnesspusat kesedaranKesusasteraanTiadaCiri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian.
hybridizationpengacukanKesusasteraanTiadaAdunan dua suara dalam suara pertuturan (atau sesuatu ayat) yang melibatkan kombinasi suara narator dengan suara watak. Adunan biasanya ditemui dalam karya naratif. Adunan ini dilakukan tanpa memperlihatkan secara jelas suara-suara yang terlibat. Contoh, �hidup mati susah senang di tangan Tuhan� dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Kadangkala pengacukan ini digunakan bagi menimbulkan kesan ironi untuk mengkritik masyarakat. Penggunaan pengacukan turut diketengahkan oleh Bakhtin (1930) dalam kajian beliau mengenai jenis-jenis heteroglossia. Lihat juga ironi.
khonkhonMuzikTiada

 Dramatari klasik Thai yang mengutamakan penggunaan topeng. Penari diiringi seorang narator, korus dan ensembel pi phat. Asas cerita yang dipentaskan berdasarkan Ramakien, iaitu Ramayana.

bunrakubunrakuMuzikTiada

 Teater patung yang muncul di Jepun pada Zaman Edo (1615-1868). Persembahan teater bunraku diiringi oleh seorang penyanyi yang juga berperanan sebagai narator dan seorang lagi pemain alat shamisen. Muzik yang mengiringi shamisen dipanggil gidayu-bushi bersempena dengan nama perintis tea­ter ini, iaitu Gidayu Takemoto. Beliau seorang penyanyi dan pencipta muzik bunraku yang terkenal. Lihat juga gidayu.

voicesuaraKesusasteraanTiadaGaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka.
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
implied authorpengarang tersiratKesusasteraanTiadaPengarang yang wujud di sebalik teks atau pengarang yang merancang dan memaknakan teks. Pengarang menghasilkan teks secara tersirat, dan hanya boleh ditanggapi oleh imaginasi pembaca melalui proses pembacaan yang berulang-ulang dan penuh penghayatan. Pengarang tersirat berbeza dengan pengarang sebenar atau narator.
genregenreKesusasteraanTiadaKategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkuku
nang sbek thornnang sbek thornMuzikTiada

 Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga).


Kembali ke atas