supranationalism | supranasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya. |
national liberation | pembebasan kebangsaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan nasionalisme yang berjuang untuk membebaskan wilayah dan negara daripada penjajah atau perjuangan kelompok kaum tertentu daripada penguasaan sesebuah pemerintahan. Gerakan ini boleh berbentuk sulit atau secara terang-terangan, bergerak dalam bentuk aman dengan menggunakan cara sah atau melalui keganasan dan kekerasan. Contohnya, Gerakan Quebec di Kanada bergerak secara sah dan aman manakala Gerakan Acheh pula bergerak secara kekerasan. Sinonim pembebasan nasional. |
tribal politics | politik kabilah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan. |
territorial integrity | keutuhan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai . |
polonaise | polonaise | Muzik | Tiada | 1. Tarian perarakan yang wujud pada abad ke-17. Polonaise berasaskan tarian rakyat Poland, bermeter 3/4 dan bertempo sederhana. 2. Karya instrumental terutamanya untuk piano solo yang berasaskan ritma tarian polonaise. Chopin amat menggemari karya instrumental jenis ini dan menggunakan ritma polonaise sebagai lambang bagi menunjukkan semangat nasionalisme. Contohnya, Military Polonaise, A major, Op. 40, No. 1 (1838). |
cession | penyerahan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan dengan hasil keputusan, wilayah tersebut terpaksa dikembalikan seperti penyerahan Sarawak kepada Inggeris oleh kerajaan Brooke. |
separatist movement | gerakan pemisah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan untuk memerdekakan sesuatu daerah atau wilayah dari sesebuah negara yang dilakukan secara tidak sah atau tidak mengikut perlembagaan. Gerakan ini menuntut supaya kemerdekaan diberi untuk membolehkan mereka memerintah sendiri. Gerakan ini dilakukan secara kekerasan dan kadangkala dalam bentuk keganasan yang melampau sehingga mengorbankan nyawa. Gerakan ini juga boleh bersifat ketenteraan atau sivil yang bergerak secara sulit atau bawah tanah atau di bawah parti politik. Semangat nasionalisme selalu mendasari gerakan ini di samping faktor lain seperti keagamaan, penentangan kepada diskriminasi dan dominasi serta bantuan dari kuasa luar. Contoh gerakan pemisah yang masih aktif ialah Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Pembebasan Islam Moro di Filipina. |
symbolization | pensimbolan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Suatu keadaan yang memperlihatkan tindakan penggunaan simbol oleh sesuatu badan, kelompok atau individu. Lambang digunakan sepenuhnya untuk menyatakan hasrat atau latar belakang perjuangan supaya lebih mudah dikenali kelak. Dengan meletakkan suatu simbol seperti gambar, tulisan, logo, bentuk, warna pakaian, lukisan atau ritual, sesuatu pihak itu akan lebih mudah dikenali tanpa mengira perjuangannya bersifat baik atau buruk. Contohnya, bendera bagi setiap negara merupakan simbol semangat nasionalisme bagi setiap rakyat, pakaian berjubah putih dengan menutup seluruh kepala pula merupakan pakaian kelompok Ku Klux Klan yang melambangkan kebencian mereka kepada orang bukan kulit putih. Sinonim perlambangan. |
moro-moro | moro-moro | Kesusasteraan | Tiada | Drama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme. |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud �dunia atau alam semesta� dan politicos bermaksud �rakyat�. |