ballad sheets | lembar naskhah balada | Kesusasteraan | Puisi | Helaian naskhah atau skrip yang mengandungi sesuatu cerita yang bersifat epik yang diungkapkan dalam bentuk puisi, Contohnya, Iembar naskhah Balada Tun Fatimah karya Zaihasra dan Balada Orang-orang Tercinta, karya W.S. Rendra. |
copy | salinan; naskhah; kopi | Perpustakaan | Tiada | 1. Teks atau ilustrasi untuk dicetak. 2. Naskhah: Satu spesimen buku bercetak. 3. Salinan: Bahan yang terhasil melalui kaedah fotografi, proses hasil semula atau kaedah-kaedah lain. |
apparatus criticus | kritikus aparatus | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau struktur ayat. Pengkaji juga boleh mengemukakan bukti kukuh tentang kesalahan yang terdapat dalam naskhah (kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh penyalin), terutamanya wujud unsur kesilapan ejaan, penggantian perkataan, perulangan, kehilangan maklumat, dan sebagainya. Kritikus aparatus sangat penting kerana edisi, transliterasi, atau transkripsi naskhah yang dilakukan darpat dipertahankan kesahihannya, khususnya dalam usaha untuk mendapat suatu edisi yang bersifat ilmiah. Suatu edisi naskhah yang tidak memperlihatkan kritikus aparatus yang baik dan menjdikan edisi tersebut kurang berwibawa dan sering menimbulkan persoalan kepada para pembaca. Contoh kritikus aparatus yang baik dapat dilihat dalam transkripsi teks Sejarah Melayu oleh Abdul Rahman Haji Ismail (1998) dan transkripsi Syair Bidasari yang diusahakan oleh Jamilah Hj. Ahmad (1989). Contoh dalam sastera Arab ialah Kitab al-Tashbihat diusahakan oleh M. �Abd. Al,mu�id Khan dalam sastera Parsi, transkripsi teks Gulistan-i Sa�di diusahakan oleh Ghulam Husayn Yusufi, dan dalam sastera Turki, transkripsi teks Idahu�?-Hikem diusahakan oleh Bilal Kuspinar. Lihat juga anotasi. |
stema | stema | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah dalam kerja penyuntingan sesebuah teks untuk mencari teks asal atau teks prototaip. Kaedah ini melibatkan kajian perbandingan versi naskhah secara kajian filologikal, diikuti dengan penurunan garis keturunan naskhah dari atas ke bawah. Sistem penyuntingan ini dikenali juga sebagai stematologi. Contoh penyuntingan teks berdasarkan stema ini dapat dilihat dalam kajian L. F Brakel 1988 ke atas versi naskhah bertajuk Hikayat Muhammad Hanafiyyah. |
codex | kodeks | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks. |
copy | salinan; naskhah; kopi | Kesenian | Tiada | Teks atau ilustrasi untuk dicetak. |
camera ready copy | naskhah sedia kamera | - | Tiada | Bahan terakhir yang digunakan untuk penyediaan filem atau plat sebelum dicetak. |
copy editing | penyuntingan naskhah | - | Tiada | Proses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap bahasa, keselarasan, ketekalan dan susunan. Sinonim table editing. |
copy fitting | suai padan naskhah | - | Tiada | Proses menyesuaikan kandungan teks dengan saiz fon, jarak di antara baris, menstrukturkan ayat, mengubah suai saiz bahan grafik atau cara lain untuk disesuaikan dengan ruang halaman yang telah ditetapkan. |
variant | varian | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu yang berbeza dalam naskhah sastera daripada yang lazim dari segi ejaan, perkataan, perbandingan, gambaran tokoh, dan episod. Suntingan varian ialah kerja suntingan yang dilakukan terhadap keseluruhan teks yang berlainan. |