salting | penggaraman | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Proses mengawet bahan makanan dengan menggunakan garam biasa atau natrium klorida. Natrium klorida akan menepukan kandungan air dalam bahan makanan dan dapat mengelakkan kerosakan akibat mikroorganisma terutamanya bakteria. |
sodioum chloride equivalent | kesetaraan natrium klorida | Farmasi | Tiada | Berat natrium klorida yang menghasilkan kesan sifat koligatif seperti peningkatan takat didih, penurunan takat lebur, perubahan tekanan osmosis pada satu gram drug tertentu. |
brine | air garam | Sosiologi | Tiada | 1. Larutan pekat natrium klorida di dalam air.,2. Sebarang larutan natrium klorida dan air yang lazimnya mengandung garam-garam lain. |
Alfin initiator | pemula Alfin | Kejuruteraan | Polimer | Campuran alil natrium, natrium isoperoksida dan natrium klorida yang digunakan sebagai pemula anion di dalam pelarut tak berkutub untuk menghasilkan polimer isotaktik. |
brine | air garam | Kimia | Tiada | 1. Larutan pekat natrium klorida di dalam air. 2. Sebarang larutan natrium klorida dan air yang lazimnya mengandungi garam-garam lain. Air garam terdapat semula jadi sebagai air laut, dan merupakan sumber bagi kebanyakan sebatian tak organik, seperti bromin, klorin, dan kalium klorida. Air garam juga digunakan untuk mengawet bahan makanan. |
sodium chloride | natrium klorida | Kimia | Tiada | Garam, formula NaC1, takat lebur 801°C, takat didih 1455°C, berbentuk hablur tak berwarna atau serbuk habluran putih, larut di dalam air dan gliserol, dan larut sedikit di dalam alkohol. Garam ini diperoleh daripada penyejatan dan penghabluran air garam semula jadi, penyejatan air laut dengan kuasa matahari, atau secara perlombongan terus dari bumi. Natrium klorida diperlukan dalam pemakanan dan digunakan dalam pembuatan bahan kimia, metalurgi, sabun air mineral dan pengawetan makanan. Sebatian ini umumnya dikenali sebagai garam atau garam biasa. |
sodium chloride | natrium klorida | Farmasi | Tiada | Tiada |
sodium chloride | natrium klorida | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
sodium chloride | natrium klorida | Kejuruteraan | Petroleum | Biasanya dikenali sebagai garam biasa. Garam ini mungkin terdapat di dalam lumpur penggerudian sebagai bahan pencemar, dan berasal dari dalam formasi dan masuk ke dalam lumpur selama operasi penggerudian berlangsung. Di samping itu sering kali garam ini sengaja ditambahkan ke dalam lumpur kerana alasan tertentu, seperti untuk meningkatkan kelikatan, takat alah dan gel. |
crystalline sodium chloride | natrium klorida berhablur | Kimia | Tiada | Tiada |