Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.tu.ra.lis.me] | ناتوراليسمى

Definisi : (Sas) aliran atau pandangan dlm seni dan sastera yg berusaha utk meng­gambarkan sesuatu (manusia, objek dsb) dlm keadaan atau sifatnya yg sebenarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naturalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
naturalismnaturalismeKesusasteraanTiadaGerakan sastera yang melihat manusia sebagai mangsa pasif kuasa alam dan persekitaran sosialnya. Sebagai gerakan sastera, naturalisme bermula di Perancis dan diterajui oleh Emile Zola. Penganut naturalisme berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa sesebuah karya perlu ditulis secara objektif berdasarkan penyelidikan yang rinci tentang kehidupan manusia. Tema yang menjadi tumpuan ialah tema yang kurang diterokai seperti pelacuran, obsesi seksual, kebuluran, persoalan baka dan sebagainya. Contohnya, novel Salina oleh A. Samad Said menggambarkan secara realisitik dan rinci tentang pahir getir kehidupan seorang pelacur selepas perang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad pula menggambarkan bencana alam dan kesukaran yang melanda kehidupan keluarga petani.
naturalistic dramadrama naturalistikKesusasteraanTiadaLihat naturalisme.
pragmatic theory of artteori pragmatik seniKesusasteraanTiadaTeori yang mengutamakan fungsi praktikal dan sosial sastera melebihi fungsi estetiknya. Teori ini dicetuskan daripada aliran naturalisme dan realisme yang mementingkan reformasi sosial dalam penulisan sastera. Teori pragmatik seni bercanggah dengan teori objektif sastera yang diperkenalkan oleh M.H. Abrams. Teori ini menganggap puisi bversifat autonomi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana elemen luaran seperti sejarah dan sosial. Lihat juga naturalisme, realisme.

Kembali ke atas