Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[naung] | ناءوڠ

Definisi : , naungan 1. tempat teduh (di bawah pohon dll), lindungan: duduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; panas di sini, tidak ada naungan utk berteduh; 2. ki jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan: dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih; bernaung 1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris; bernaungkan bersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan: hidup itu ~ penye­rahan diri kpd Allah; menaungi 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris; pernaungan 1. tempat bernaung, perlin­dungan; 2. perihal (perbuatan dsb) menaungi: dgn cara paksaan, gesaan atau ~; penaungan perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan; penaung orang yg memberi lindungan (ban­tuan, galakan, dll), pelindung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[naung] | ناءوڠ

Definisi : , = naungan 1 tempat teduh atau tempat yg terlindung drpd panas (di bawah pokok dll): Dia duduk di bawah ~ pohon yg rimbun. 2 ki jagaan; kawalan; lindungan: Pd awal kurun yg kedua puluh dahulu, banyak negeri di Asia dan di Afrika yg terletak di bawah ~ Inggeris. bernaung 1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan drpd negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris. menaungi 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll: Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. pernaungan perbuatan atau hal bernaung. penaungan perbuatan atau hal menaungi; pelindungan. penaung orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naung
Kata Terbitan : bernaung, menaungi, naungan, penaungan, penaung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tutelegenaung asuhanSejarahTiadaTiada
shelterwood systemsistem naungPerhutananTiadaTiada
shade bearertahan naungPerhutananTiadaTiada
shade densitykepadatan naungPerhutananTiadaTiada
shade toleranttahan naungPerhutananTiadaTiada
closed foresthutan naungPerhutananTiadaTiada
shading effectkesan naungPertanianTiadaTiada
shelterwood cuttingtebang naungPerhutananPengurusan HutanPenebangan dirian lama dengan satu siri tebangan untuk menggalakkan dirian sebaya di bawah separa naungan pokok biji benih.
shelterwood cuttingpenebangan sistem naungPerhutananTiadaTiada
shelterwood fellingpenebangan sistem naungPerhutananTiadaTiada
12

Kembali ke atas