change in manufacturing site | pertukaran tapak pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan. |
abdicate | turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi seorang raja atau permaisuri yang merupakan ketua sesebuah negara melepaskan jawatannya sebagai pemerintah. Hal ini berlaku bukan kerana tamat tempoh pemerintahannya tetapi atas kerelaan untuk melepaskan jawatan tersebut. Situasi ini pada tradisinya wujud dalam sistem pemerintahan yang berbentuk monarki. Contohnya, Raja Don Juan Pinto, Brazil, telah turun takhta pada tahun 1882 dan menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada putera beliau Don Juan II. |