neoclassical economics | ekonomi neoklasik | Ekonomi | Tiada | Kajian ekonomi yang menentukan peletakan harga berdasarkan pendekatan utiliti sut dan daya pengeluaran sut dalam pasaran persaingan. Analisis ekonomi neoklasik tertumpu pada gelagat unit-unit individu ekonomi, sama ada pengguna atau firma, dan bagaimana keputusan yang dibuat oleh unit-unit ini mempengaruhi pasaran. Dalam analisis tersebut, pengaruh institusi sama ada dari segi politik atau sosial, selalunya diabaikan. Lihat juga mazhab neoklasik. |
drum table | meja dram | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja berbentuk dram yang mempunyai permukaan di atasnya yang boleh berpusing. Meja dram diasaskan daripada reka bentuk meja yang berlaci, berpandukan gaya neoklasik Inggeris. Meja dram juga dikenali sebagai meja kapstan. |
Art Deco | Art Deco | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem. |