Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. per­bandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~ pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagang­an Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara); ~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukuman­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1 alat penimbang yg berdaun dua dan lengannya sama panjang (pd daunnya yg sebelah diletakkan barang dan pd daun yg sebelah lagi diletakkan batu penimbang). 2 sesuatu yg diguna­kan utk menimbang. ~ spring neraca yg memakai spring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
neraca (kata nama)
1. Bersinonim dengan dacing: alat timbang, penimbang, mizan,

2. Bersinonim dengan perimbangan: perbandingan, kadar, nisbah, nilai.,


Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
analytical balanceneraca analisisKimiaKimia AnalisisNeraca yang mempunyai kepekaan 0.1 – 0.01 miligram.
analytical balanceneraca beranalisisFizikTiadaTiada
analytical balanceneraca analisisKimiaTiadaTiada
analytical balanceneraca analisisPerubatanTiadaTiada
instrumental errorralat alatanKimiaKimia AnalisisRalat yang timbul daripada sebarang kecacatan yang terdapat pada alatan yang digunakan dalam analisis. Contohnya ralat yang timbul daripada penggunaan buret atau neraca analisis yang tidak betul tentukurannya.

Kembali ke atas