net cash flow | aliran tunai bersih | Ekonomi | Tiada | Lihat aliran tunai. |
net export | eksport bersih | Ekonomi | Tiada | Nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negeri yang dijual kepada negara asing, dan ditolak nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing yang dibeli oleh pemastautin tempatan. |
net force | daya bersih | Sains Sukan | Biomekanik | Jumlah vektor kesemua daya yang bertindak ke atas sesuatu objek. |
net amount at risk | amaun bersih berisiko | insurans | Tiada | Perbezaan di antara amaun muka sesuatu polisi dengan nilai rizab atau nilai tunainya yang terkumpul pada masa penilaian dibuat. |
net retention | bendungan bersih | insurans | Tiada | Amaun insurans yang tidak direinsuranskan oleh syarikat mengesid. |
net loss | kerugian bersih | insurans | Tiada | Amaun kerugian yang ditanggung oleh insured setelah diambil kira semua pembayaran balik reinsurans salvaj dan subrogasi. |
net line | lini bersih | insurans | Tiada | Amaun liabiliti maksimum sesuatu risiko yang boleh diterima oleh insurer tanpa reinsurans. |
net retained line | lini terbendung bersih | insurans | Tiada | Amaun perlindungan yang dibendung oleh syarikat mengesid terhadap sesuatu risiko di dalam triti Reinsurans Surplus. Istilah ini juga bermaksud amaun maksimum kerugian bagi risiko tertentu yang insurer akan didedah tanpa reinsurans. |
net premium | premium bersih | insurans | Tiada | 1. Amaun premium yang telah ditolak komisen ejen. 2. Premium yang perlu untuk melindungi hanya kerugian yang dijangka sebelum ditambah bebanan bagi perbelanjaan lain. 3. Premium asal yang ditolak dividen berbayar atau dijangkakan bagi polisi insurans hayat penyertaan yang insured memilih untuk menggunakan dividen untuk membayar premium. |
net written premium | premium bertulis bersih | insurans | Tiada | Premium bertulis kasar yang ditolak premium reinsurans yang telah disidkan kepada insurer lain. |