Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nge.ri] | ڠري

Definisi : 1. berasa takut, meremang, seram: ~ dia melihat mayat itu tergelimpang; 2. = me­ngerikan mendatangkan rasa takut (seram dll), menakutkan: kerongkongnya tersumbat dan lidahnya kelu oleh ingatan yg ~ itu; ke­­­matian itu sungguh-sungguh dahsyat dan mengerikan; kengerian 1. perihal ngeri, keseraman; 2. berasa ngeri: Hajah Bedah mengerutkan muka spt orang ~; pengeri orang yg mudah berasa ngeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nge.ri] | ڠري

Definisi : (berasa) takut kerana melihat atau mendengar sesuatu yg menakutkan; seram: ~ saya melihat mayat itu. menge­­rikan mendatangkan atau me­nimbulkan rasa ngeri; menyeramkan; menakutkan: Satu kemalangan jalan raya yg ~ telah berlaku di Johor subuh-subuh tadi. kengerian 1 keadaan (hal dll) ngeri; keseraman. 2 berasa ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ngeri (adjektif)
Bersinonim dengan seram, seriau, gerun, gamang, gayat, kecut, geman, giris, gemang;,
Kata Terbitan : mengerikan, kengerian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catharsiskatarsisKesusasteraanTiadaPeleraian perasaan akibat ketakutan, ngeri, kasihan dan simpati yang dirasai oleh para penonton semasa menonton drama tragedi, yang akhirnya membawa kepada kelegaan emosinya. Situasi ini dikemukakan oleh Aristotle dalam karyanya The Poetics. Peleraian perasaan juga berlaku sewaktu penonton mendengar atau membaca karya sastera yang meruntun perasaan seperti dalam karya lipur lara.
horror storycerita seramKesusasteraanTiadaCerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria.
post-traumatic stress disordergangguan tekanan pascatraumaPerubatanPsikiatriGangguan emosi selepas menghadapi tekanan perasaan atau sesuatu peristiwa, seperti kemalangan ngeri, pembunuhan atau dirogol.
dies iraedies iraeMuzikTiadaCanta pada Zaman Pertengahan yang dinyanyikan dalam missa requiem di gereja Katolik. Dies irae berdasarkan puisi Thomas dari Celano pada abad ke-13. Dies irae digunakan oleh komposer sejak abad ke-16 untuk membayangkan idea dramatik dan ngeri. Contohnya, dream of a Witches' Sabbath dalam Symphonie Fantastique (1830) oleh Berlioz.
juxtapositionjukstaposisiKesusasteraanTiadaTeknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�.

Kembali ke atas