Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ngo yang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quasi NGOsepara NGOPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang biasanya disokong oleh kerajaan. Separa NGO bersifat separuh bebas dan berperanan memeriksa serta mengkritik perjalanan pentadbiran, namun dilihat bergerak selari dengan kepentingan dan dasar kerajaan. Contohnya, Persatuan Bulan Sabit Merah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Dalam pentadbiran awam, terdapat Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Puspanita dan Persatuan Isteri Menteri (BAKTI). Singkatan quango.

Non-Governmental Organisation (NGO)Badan Bukan Kerajaan (NGO)PentadbiranTiada
Organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara atau memperjuangkan sesuatu matlamat atau sebarang isu yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah masyarakat. NGO pada prinsipnya bertindak secara sukarela, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan tidak bermotifkan keuntungan atau tujuan politik. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang bergerak untuk kepentingan alam sekitar, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang bermatlamat memelihara kepentingan pengguna dan Amnesty International yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak asasi dan keadilan orang ramai.
common consentpersetujuan umumPentadbiranPentadbiran Awam

Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang.

organisationorganisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Pertubuhan yang dibentuk berasaskan gabungan antara individu yang bekerjasama secara formal dan terikat dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Dalam sesuatu organisasi, terdapat hierarki yang tersusun mengikut tugas dan fungsi. Organisasi melibatkan dua dimensi utama yang saling bergantungan, iaitu pentadbiran sebagai struktur dan pengurusan sebagai memenuhi fungsi. Struktur organisasi bersifat autoritatif dan mempunyai hubungan personel yang biasa dalam satu sistem pentadbiran. Contohnya, organisasi NGO dan jabatan kerajaan dalam pentadbiran awam. 

international businessperniagaan antarabangsaPentadbiranPentadbiran Awam

Perdagangan yang wujud di peringkat antarabangsa antara negara-negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional, mahupun NGO transnasional. Urusan perniagaan ini melibatkan pasaran yang luas, pelaburan luar negara, penentuan dasar sesebuah kerajaan, undang-undang antarabangsa, pertukaran matawang, keselamatan perdagangan dan taraf hidup manusia. Perniagaan antarabangsa ini menjadi intisari penting dalam arus globalisasi dunia masa kini. Contohnya Petroleum Nasional (PETRONAS), merupakan sebuah badan yang menjalankan perniagaan antarabangsa.

international organizationorganisasi antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Keanggotaan sesebuah organisasi tersebut melampaui sempadan negara. Organisasi ini mula wujud pada kurun ke-19 dengan kewujudan negara bangsa sebagai anggotanya. Organisasi tersebut terbahagi kepada Organisasi Antara Kerajaan (IGO ) dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO s atau INGO s). IGO mempunyai anggota yang terdiri daripada negara seperti PBB, Komanwel, OPEC dan ASEAN, manakala anggota NGOs pula terdiri daripada bukan negara yang terbahagi kepada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Antara sifat IGO dan NGO s yang bukan berasaskan keuntungan ialah organisasinya yang kekal menjalankan fungsinya secara berterusan, keanggotaan secara sukarela, mempunyai matlamat dan struktur tertentu dan sekretariat yang kekal meneruskan hal pentadbiran dan penyelidikan. Selain itu, IGO mempunyai sifat tambahan, iaitu ditubuhkan melalui perjanjian dan beroperasi secara persetujuan dan kerjasama oleh anggotanya bagi memasti
intended strategystrategi terhasratPengurusanPerancanganStrategi jangka panjang dan menyeluruh yang dirancang dengan teratur dan mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Strategi ini adalah berbentuk proaktif dan lazimnya diperincikan dalam pelan strategik organisasi. Strategi terhasrat boleh dilengkapkan dengan rancangan tindakan yang tersusun. Contohnya, Rancangan Malaysia yang dibangunkan setiap lima tahun, hasil daripada penglibatan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan kumpulan komuniti masyarakat yang berkenaan. Sinonim strategi terancang. Lihat juga rancangan tindakan.
red tapepita merahPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara-perkara yang mengganggu, melambatkan dan menghalang kelancaran pengurusan khususnya dalam konteks pembuatan keputusan birokratik. Biasanya pita merah dikaitkan dengan sikap atau cara kerja kakitangan dalam sesebuah organisasi yang suka melengah-lengahkan kerja dan memberikan lebih perhatian kepada perkara-perkara yang kurang penting, manakala perkara-perkara yang penting dilakukan secara sambil lewa. Keadaan ini boleh menyumbang kepada corak pengurusan dan pentadbiran yang lemah. Pita merah bukan sahaja wujud dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan, tetapi juga wujud dalam pertubuhan-pertubuhan lain seperti syarikat, agensi dan NGO. Pita merah juga dikenali sebagai kerenah birokrasi.

public benefitfaedah AwamPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara.

job corpspasukan kerjaPentadbiranPentadbiran Awam

Kumpulan belia atau anak muda yang menganggur, diberikan latihan kemahiran atau profesional tertentu bagi mengisi keperluan pekerjaan. Antara bentuk kemahiran tersebut ialah latihan vokasional, akademik, kemahiran sosial dan sebagainya. Kumpulan ini kemudiannya diserapkan ke sektor awam mahupun swasta bagi membentuk suatu pasukan kerja untuk pembangunan masyarakat. Usaha mengumpulkan anak muda yang menganggur ini dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Pasukan kerja ini berasaskan kepada usaha kerajaan Amerika Syarikat bermula pada tahun 1964 yang cuba menangani masalah pengangguran pada masa itu.

12

Kembali ke atas