nanowire | nanowayar | Fizik | Nanoteknologi | Struktur berbentuk seperti wayar, berdiameter 1 nm - 100 nm. Nanowayar memberikan kesan mekanik kuantum berdimensi satu dan dikenali juga sebagai wayar kuantum. Terdapat pelbagai jenis nanowayar, termasuk daripada bahan logam (seperti Ni, Pt, Au), semikonduktor (seperti Si, InP, GaN) dan penebat (seperti SiO2, TiO2). Nanowayar dapat digunakan untuk menyambung komponen halus kepada litar yang amat kecil. |
Kharasch addition reaction | tindak balas campuran Kharasch | Fizik | Nanoteknologi | Proses tindak balas kimia yang melibatkan pencampuran tetraklorometana dengan pelopor polimer metil metakrilat. Tindak balas ini dibantu oleh bahan pemangkin dendrimer yang terdiri daripada sebatian aromatik yang mengandungi nikel (Ni). |
ligand | ligan | Kimia | Kimia Analisis | Molekul atau ion yang mempunyai atom penderma. Tindak balas ligan dengan logam menghasilkan sebatian koordinat atau ion kompleks. Ia juga dikenali sebagai agen pengkoordinat. Contoh ligan ialah air dalam ion kompleks [Cu(H2O)6]2+ dan ion sianida dalam ion kompleks [Ni(CN)4]2-. |