niacin | niasin | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Vitamin B kompleks yang berwarna putih. Kekurangan niasin dalam diet menyebabkan penyakit pelagra. Sumber niasin ialah sayuran hijau, daging, ikan dan telur. Niasin dikenali juga sebagai asid nikotinik. |
niacin | niasin | Kimia | Tiada | Asid organik aromatik yang tergolong dalam kumpulan vitamin B-kompleks, formula C5NH4COOH, takat lebur 235°C, berbentuk pepejal berhablur yang tidak berwarna dan larut di dalam air. Asid ini dihasilkan daripada triptofan oleh tumbuhan dan haiwan. Niasin terdapat dalam daging, yis, hati dan kacang tanah. Niasin penting dalam pemakanan kerana asid ini dapat mencegah penyakit pelagra. Sin. asid nikotinik. |
niacin | niasin | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Satu daripada vitamin B kompleks yang juga dikenali sebagai asid nikotinik yang berwarna putih. Kekurangan niasin dalam diet menyebabkan penyakit pelagra. |
niacin | niasin | Perubatan | Tiada | Tiada |
niacin | niasin | Kimia | Tiada | Tiada |
niacin | niasin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
niacin | niasin | Kimia | Biokimia | Kumpulan vitamin larut air yang tidak mempunyai warna dan bau, larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam pelarut lipid, stabil terhadap haba dan pengoksidaan, dan diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, ikan, susu dan sebagainya. Vitamin yang berfungsi dalam metabolisme karbohidrat dan protein ini diperlukan untuk pertumbuhan dan kesihatan haiwan. |
niacin | niasin | Perubatan | Tiada | Asid nikotinik, iaitu sejenis vitamin B kompleks yang larut air. |
nicotinic acid | asid nikotinik | Kimia | Tiada | Lihat niasin. |
pellagra | pelagra | Perubatan | Tiada | Sindrom klinikal akibat kekurangan niasin yang dicirikan dengan dermatitis, inflamasi membran mukosa, cicit-birit dan gangguan psikik. Dermatitis berlaku di bahagian tubuh yang terdedah kepada cahaya atau trauma. Gejala mentalnya termasuklah kemurungan, keresahan, kerisauan, kebingungan, disorientasi, delusi dan halusinasi. |