Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.krom] | نيکروم

Definisi : (Kim) aloi yg terdiri sebahagian besar­nya drpd nikel, ferum, kromium, dan sedikit unsur-unsur lain, mempunyai rintangan elek­trik dan takat lebur yg tinggi dan digunakan sbg dawai elektrik dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.krom] | نيکروم

Definisi : ist pancalogam (sebahagian be­­­­­sar­­­nya terdiri drpd nikel dan kro­mium) yg tahan panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nikrom


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nichromenikromKimiaTiadaAloi yang terdiri daripada 60% nikel, 24% ferum, 16% kromium, dan sedikit karbon. Nikrom mempunyai rintangan elektrik dan takat lebur yang tinggi. Nikrom digunakan sebagai dawai elektrik.
nichromenikromFizikTiadaTiada
nichromenikromKimiaTiadaTiada
nichromenikromTeknikElektrikAloi nikel dan kromium yang berintangan tinggi, selalunya berbentuk dawai dan digunakan sebagai unsur pemanas dalam peralatan elektrik seperti seterika.
nichrome wiredawai nikromKimiaTiadaTiada
nichrome ribbonreben nikromSosiologiTiadaBahan yang terdapat di dalam filamen.
wire wound resistorperintang berbelit dawaiTeknikElektrikPerintang yang dibuat daripada belitan dawai atau reben yang mempunyai rintangan tinggi. Biasanya dawai nikrom dibelitkan pada jasad berpenebat tahan haba. Perintang jenis ini mampu menahan arus tinggi.
flame testujian nyalaKimiaTiadaUjian kualitatif untuk menentukan jenis garam melalui warna nyala yang dilihat apabila garam tersebut dibakar dengan menggunakan dawai nikrom atau nikel. Misalnya, garam kalium menghasilkan warna ungu lembut; natrium – kuning; kalsium – merah bata; barium – hijau; strontium – merah; kuprum – hijau; ferum – kuning; dan garam plumbum, arsenik, dan antimoni menghasilkan warna putih kebiruan.
wire woundbelitan dawaiTeknikElektrik1. Perintang tetap atau berubah yang terdiri daripada dawai yang dibelitkan pada teras seramik. Dawai yang biasa digunakan ialah dawai nikrom. 2. Nama sejenis pemutar motor atau penjana.

Kembali ke atas