water cement ratio | nisbah air simen | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah berat air berbanding dengan berat simen dalam satu unit isi padu. Nisbah air simen sangat mempengaruhi kekuatan konkrit, iaitu lebih tinggi nisbah air simen, maka lebih rendah kekuatan konkrit. |
Runkel ratio | nisbah Runkel | Buluh | Tiada | Petunjuk bagi menentukan kualiti gentian untuk penghasilan pulpa dan kertas. Nilai nisbah Runkel kurang daripada 1 akan menghasilkan pulpa dan kertas yang berkualiti. Nilai nisbah ini ditentukan sebagai dua kali ketebalan dinding gentian dibahagikan dengan diameter lumen gentian. nisbah Runkel = (2 x ketebalan dinding gentian)/diameter lumen gentian |
stoichiometric ratio | nisbah stoikiometri | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor yang mewakili nisbah jisim udara dengan jisim bahan api. Contohnya, nisbah stoikiometri untuk udara-petrol ialah 14.7:1. Sinonim campuran stoikiometri. |
slope ratio method | kaedah nisbah cerun | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan nisbah ligan terhadap logam dalam sesuatu kompleks dengan cara pengukuran keserapan dua siri larutan; dalam siri pertama, kepekatan logam berubah dan kepekatan ligan berlebihan, manakala siri kedua sebaliknya. Nisbah cerun keserapan lawan kepekatan kedua-dua lakaran siri memberikan nisbah stoikiometri logam dalam kompleks itu. |
axle ratio | nisbah gandar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Nisbah antara laju aci putar dengan roda pacuan (dalam putaran per minit). Nisbah ini ditentukan dengan membahagikan bilangan gigi pada gear gelang dengan bilangan gigi pada gear pinan. |
void ratio | nisbah lompang | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah isi padu lompang, Vv berbanding dengan isi padu pepejal bagi satu unit isi padu, iaitu e = Vv/Vs apabila e, ialah nisbah lompang dan Vs ialah isi padu pepejal. |
pure loss cost ratio | nisbah kos kerugian tulen | insurans | Tiada | 1. Nisbah di antara kerugian reinsurans tertanggung dengan premium syarikat mengesid. 2. Nisbah kerugian insurans tertanggung dan diperuntukkan, ditolak perbelanjaan premium kasar terperoleh syarikat mengesid. |
drug extract ratio (DER) | nisbah drug ekstrak | Herba | Tiada | Nisbah antara kuantiti bahan herba yang digunakan dalam pengilangan sediaan herba dengan kuantiti sediaan herba yang dihasilkan. Angka di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba yang terhasil. Nisbah ini menyatakan kualiti ekstrak herba. Contohnya, 10 kg bahan herba yang menghasilkan 1 kg sediaan herba memberikan nisbah drug ekstrak 10 : 1. |
rich mixture | campuran lebih | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Campuran yang mengandungi udara yang kurang berbanding kandungan udara dalam nisbah stoikiometri. Campuran ini Biasanya terdiri daripada udara dan bahan api dengan nisbah tertentu. Contohnya, nisbah stoikiometri untuk udara-petrol ialah 14.7:1 dan nilai yang lebih kecil daripada 14.7 ini menghasilkan campuran lebih. Banding campuran kurang. |
lean mixture/poor mixture | campuran kurang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Campuran yang mengandungi udara yang lebih berbanding kandungan udara dalam nisbah stoikiometri. Campuran ini biasanya terdiri daripada udara dan bahan api dengan nisbah tertentu. Contohnya, nisbah stoikiometri untuk udara-petrol ialah 14.7:1 dan nilai yang lebih besar daripada 14.7 ini menghasilkan campuran kurang. Banding campuran lebih. |