nitrite poisoning | keracunan nitrit | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada sebatian nitrit, misalnya amil nitrit, etil nitrit dan natrium nitrit. Dos parah ialah 4 g (kanak-kanak 3 tahun) bagi etil nitrit, dan 2 g bagi natrium nitrit. Sebatian nitrit mengembangkan saluran darah seluruh badan melalui kesan pengenduran langsung pada otot licin. Sesetengah nitrit menyebabkan metemoglobinemia. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah turun dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan, penyuntikan, penyedutan, atau penyerapan kulit atau membran mukus menyebabkan sakit kepala, kulit berwarna merah, muntah, pening, pengsan, tekanan darah turun dengan ketara, sianosis, konvulsi, koma, dan kegagalan pernafasan. Penemuan patologi ialah darah berwarna coklat disebabkan penukaran hemoglobin kepada metemoglobin dan kesesakan semua organ. |
nitrification | penitritan | Biologi | Ekologi | Pengoksidaan garam ammonium untuk menghasilkan nitrit. Nitrit yang terhasil kemudiannya dioksidakan kepada nitrat oleh bakteria tanah. |
nitrite titration | pentitratan nitrit; titratan nitrit | Perubatan | Tiada | Tiada |
nitrifying bacteria | bakteria nitrifikasi | Kimia | Tiada | Bakteria tanah yang mengoksidakan garam ammonium kepada nitrit, dan nitrit kepada nitrat. |
amyl nitrite poisoning | keracunan amil nitrit | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan amil nitrit (formula kimia, C5H11O2N), iaitu ubat yang digunakan sebagai vasodilator, terutama dalam rawatan angina akut dan untuk merendahkan tekanan darah. Tanda utama keracunan adalah tekanan darah turun dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan, penyuntikan, penyedutan atau penyerapan melalui kulit atau membran mukus menyebabkan sakit kepala, muka berwarna merah, muntah, pening, pengsan, tekanan darah turun mendadak, sianosis, konvulsi, koma, dan kelumpuhan pernafasan. Julat dos lazim adalah sehingga 10 mg sehari. Kesan sampingannya termasuk tekanan darah rendah, alergi, loya, sakit kepala dan pening. Penemuan patologi ialah darah berwarna coklat disebabkan penukaran hemoglobin kepada methemoglobin, dan kesesakan semua organ. |
nitride | nitrit | Kimia | Tiada | Garam atau ester asid nitrus yang mengandungi radikal nitrat (III), -NO2. Misalnya, natrium nitrit, NaNO2. |
sodium cyanide poisoning | keracunan natrium nitrit | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada natrium nitrit (formula kimia, NaCO2) yang digunakan dalam perubatan untuk meluaskan saluran koronari dan merendahkan tekanan darah. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah menurun dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan, penyuntikan, penyedutan atau penyerapan kulit atau membran mukus menyebabkan sakit kepala, kulit berwarna merah, muntah, pening, pengsan, tekanan darah menurun dengan ketara, sianosis, konvulsi, koma, dan kelumpuhan pernafasan. Keracunan kronik menunjukkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Penemuan patologi ialah darah berwarna coklat ekoran penukaran hemoglobin kepada metemoglobin, dan kesesakan semua organ. Dos maut ialah 2 g. |
sodium nitrite poisoning | keracunan natrium nitrat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada natrium nitrat (formula kimia, NaNO3). Punca sebenar keracunan ialah kehadiran ion nitrit (NO2) yang terbentuk daripada ion nitrat oleh tindakan bakteria usus. Sinonim keracunan kalium nitrat . Lihat juga keracunan natrium nitrit. |
nitrite | nitrit | Geologi | Tiada | , -NO2. |
nitrite | nitrit | Kimia | Tiada | Tiada |