nitrogen-free extract (NFE) | ekstrak bebas nitrogen (NFE) | Perikanan | Akuakultur | Bahagian bahan kering makanan tanpa kandungan abu, serabut kasar, ekstrak eter dan protein kasar. Komponen utama dalam bahan ini ialah kanji, gula terlarut dan hemiselulosa terlarut. Bahan ini merupakan sumber tenaga utama dalam makanan ternakan. |
three-way catalytic converter | penukar bermangkin tiga hala | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penukar bermangkin yang menukarkan gas pancaran ekzos nitrogen oksida, karbon monoksida dan hidrokarbon kepada gas karbon dioksida, air, nitrogen dan oksigen. Gas oksigen ini kemudiannya digunakan untuk mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan hidrokarbon kepada air dan karbon dioksida. |
alkaloid | alkaloid | Herba | Pemiawaian | Sebatian bes organik bernitrogen yang mengandungi sekurangkurangnya satu atom nitrogen dalam gelang heterosiklik, mempunyai rasa pahit dan aktif secara fisiologi. Alkaloid boleh berbentuk cecair, tetapi kebanyakannya berbentuk pepejal, larut dalam alkohol, tidak larut dalam air dan boleh didapati terutamanya dalam tumbuhan. Tumbuhan dalam famili Apocynaceae, Rubiaceae, Solanaceae dan Papaveracea kaya dengan kandungan alkaloid. Contohnya, mitraginin daripada ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa) boleh bertindak sebagai ubat analgesik dan antiradang. |
amino acid | asid amino | Fizik | Nanoteknologi | Kelas sebatian organik ringkas yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen, yang dalam kes tertentu sebatian ini juga mengandungi sulfur. Sebatian ini merupakan blok binaan protein. Sebatian asid amino terdiri daripada kumpulan karboksil (COOH) dan kumpulan amino (NH2) yang melekat pada atom karbon yang sama pada hujung sebatian. Contohnya, asid amino yang terdapat pada haiwan ialah alanina, asid aspartik dan asid glutamik. |
frozen semen | semen sejuk beku | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Semen yang dikumpulkan, dianalisis dan disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu −196°C (−321°F) untuk kegunaan masa depan dalam permanian beradas. Semen sejuk beku pada suhu ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama. |
adenine | adenina | Fizik | Nanoteknologi | Bes organik daripada famili purina, dengan rumus kimia C5H5N5. Adenina merupakan satu daripada empat bes nitrogen yang digunakan untuk mensintesis asid nukleik. Adenina juga merupakan juzuk yang berpasangan dengan timina dalam DNA dan urasil dalam RNA. |
gas chromatography (GC) | kromatografi gas (GC) | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan gas sebagai fasa gerak seperti hidrogen, helium dan nitrogen. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal dan kromatografi gas-cecair. Sampel minyak pati herba disuntik pada turus kapilari dan komponen kimia dalam minyak pati dapat dikenal pasti dengan menggunakan alat pengesan berasaskan pengionan nyalaan, kekonduksian terma, penangkap elektron atau pengionan foto. Sebagai contoh, kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti komponen minyak pati meruap dan separa meruap bagi serai wangi (Cymbopogon nardus). |
algae bloom | blum alga | Sains Marin | Tiada | Pertumbuhan alga yang sangat pesat disebabkan oleh peningkatan kandungan nutrien yang tinggi, terutamanya nitrogen dan fosforus dalam sistem akuatik. Blum alga biasanya melibatkan satu atau beberapa spesies fitoplankton tertentu dan dapat dikenali melalui perubahan pada warna air disebabkan kepadatan sel berpigmen yang tinggi. Blum yang melibatkan alga bertoksin pula dikenali sebagai 'blum alga berbahaya'. Kejadian blum alga berbahaya menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut menerima kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini. Contohnya, blum alga dinoflagelat yang dipanggil "kembangan merah". |
guanine | guanina | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian organik daripada kumpulan purina yang dicirikan oleh struktur dua cincin yang terdiri daripada atom karbon dan nitrogen dengan formula kimia, C5H5N5O. Sebatian ini merupakan salah satu daripada lima komponen asas bagi pembentukan asid nukleik, dan merupakan sebahagian daripada kandungan sel DNA dan RNA yang menyimpan dan menyebarkan kod genetik. |
carrier gas | gas pembawa | Kimia | Kimia Analisis | Gas yang berfungsi sebagai fasa gerak dalam teknik kromatografi gas. Contohnya helium, argon, dan nitrogen. |