atrioventricular node | nodus antrioventrikal | Kejururawatan | Tiada | Satu kumpulan tisu khusus jantung yang terdiri daripada sistem kontraksi jantung serta menerima impuls untuk mengecut daripada nodus sinoatrium. |
nodal points | titik nodus | Sains Kesihatan | Tiada | Sepasang titik konjugat yang dilalui oleh paksi optik sistem penglihatan. |
bubo | bubo | Herba | Fitoterapi | Radang dan bengkak pada nodus limfa terutamanya pada ketiak atau celah kelengkang akibat jangkitan penyakit seperti plag, sifilis, gonorea dan tuberkulosis. |
atrioventricular bundle | berkas atrioventrikel | Kejururawatan | Tiada | Berkas serat otot jantung khusus daripada nodus atrioventrikel ke serat Purkinje yang berfungsi menghantar impuls kontraksi otot jantung ke ventrikel jantung. Ia terdiri daripada berkas kanan dan berkas kiri, satu bagi setiap ventrikel. |
minimum angle of deviation | sudut sisihan minimum | Sains Kesihatan | Tiada | Sudut terkecil pada titik nodus mata yang membolehkan dua titik atau garisan kelihatan terpisah. |
ectopic beat | denyutan ektopik | Kejururawatan | Tiada | Denyutan jantung akibat impuls yang dijanakan di luar nodus sinoatrium. Sinonim: extrasystole. |
visual axis | paksi penglihatan | Sains Kesihatan | Tiada | Garisan dari suatu objek sasaran melalui sepasang titik nodus ke pusat fovea. |
atrial fibrillation | fibrilasi atrium | Kejururawatan | Tiada | Keadaan aritmia yang dicirikan oleh kadar denyutan nadi yang cepat dan tidak teratur kerana gangguan pada nodus sinoatrium. |